PERLUKAH MINTA IZIN SUAMI?

PERLUKAH MINTA IZIN SUAMI?


Uish, usah dipertikailah ayat

"Saya minta izin suami saya dahulu ya."

Walaupun duit kita dapat tu hasil kerja dan duit kita, hormat suami dengan minta izin dari suami. Dari situlah datangnya keberkatan apa sahaja kita buat tahu?

Usahlah mendabik dada sangat menghina sesiapa yang suka minta izin dari Suami.

Dahulu Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta ini pun pernah bersetuju pada yang sindir-sindir customer ni. Tapi selepas fikirkan, salah satu punca keberkatan dalam berniaga, bekerja dan rezeki itu datangnya dari keizinan dan keredhaan Suami, saya sudah kurang enjoy dengan pendapat itu. Kena jaga oih keberkatan dari Suami tu. 


BOLEHKAH MENGUMPAT CUSTOMER?

Sebenarnyakan, tidak elok tahu kita mengumpat menyindir customer. Itulah antara puncanya customer akan lagi menjauhi kita. Bukan hanya menjauh sebab rupa atau bau sahaja. Mengumpat customer, ini pun antara punca customer menjauh dari kita. Orang akan hilang respect terus. Mungkin juga akan berkecil hati dengan kita. Tapi kalau kita tu artis, jerung atau otai di laman sosial, its ok. Suka hatilah na. Tidak kisah. 


KENAPA TULIS MACAM NI?

Sebab saya pun pernah berniaga. Berniaga ni hobi juga. Sambilan untuk isi masa lapang. Samalah juga dengan menulis. Dua-dua ni hobi. Sebab dari kedua-dua hobi inilah saya selalu dapat duit.


Saya pun customer yang berjaya juga tau. Berjaya membeli-belah dari kalangan rakan-rakan di laman sosial saya. Tahu-tahu sahaja terima whatsapp nak beli. Tahu-tahu je terima whatsapp nak belajar. Tahu-tahu je, eh ada dalam group ni. Peduli apa kan? Ada duit, belilah. Ada duit belajarlah. 

Sama juga dengan yang join program saya atau membeli produk-produk niaga saya. Kadang mereka tidak like tidak add pun saya di facebook, tidak follow pun saya di Instagram. Tahu-tahu sahaja terima whatsapp,

"Puan saya dah payment." Hah best gila dapat Customer dan Client macam ni tau. 

Off course saya sokong pendapat perlu minta izin dari suami. Sebab saya pun buat apa-apa memang sudah menjadi amalan, beritahu dan mesti minta izin dari suami. Walaupun hendak pergi coaching client Usahawan, menulis entri Blog supaya tidak tersasar landasan penulisan. Walaupun terima Job Client di Blog, buat kursus, terima jemputan Client dan pergi berniaga apatah lagi lah hendak membeli apa sahaja.

Hendak makan, ke tandas tak adalah minta izin. Agak-agaklah pun kan? 😅

Redha Suami adalah syurga dan kejayaan seorang isteri. Pedulilah apa orang nak kata pun. Mesti minta izin. Sebab saya sendiri sangat hormatkan suami. Lebih mudah suami saya izinkan sebab Suami saya tahu isterinya ini mendahulukan dia dan menghormati dia. 


Inilah masakan paling mudah dan sempoi bila hendak cepat dan ada banyak urusan peru dilakukan. Tapi kadang tu beli sahaja. Cari kedai yang tidak masak dengan ajinomoto. Sakit kepala rambut gugur tau jika terlalu banyak makan ajinamoto. Bahaya untuk kesihatan. Ha, keluar tips lagi. 😄


Perlu ke minta izin suami? Ya, memang wajib dan perlu.




2 comments:

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5
Lambat beta tahu mereka tu siapa dan leluhur tu adalah jin. 3/8/2021 beta dapat tahu dari emak saudara beta, datuk, nenek moyang beta Raja Bugis, Raja Arab Banjar keturunan Rasulullah SAW. 22/9/2023 dapat salasilah moyang Raja Majapahit, 23/9/2023 terjumpa rajah salasilah moyang Raja Majapahit.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz bomoh, mantan guru silat sesat berkhadam saka, mendakyah beta ajaran sesat. Sebab itu beta suka ulang beta darah Raja Bugis, Raja Arab Banjar, Raja Majapahit KETURUNAN Rasulullah SAW. Bahagia sudah tahu kenal diri sendiri.

WAJIB semua orang tahu, beta anti scammer, semua ajaran amalan sesat (sihir, syirik dan khurafat) iaitu ilmu karuuhun.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Jadi usah banggal...