MATLAMAT SAYA MENULIS BLOG
Sentiasa kembali kepada matlamat asal menulis blog.
Beberapa hari lalu, terbaca status di timeline facebook seseorang minta rakan-rakan bercerita tentang matlamat menulis blog. Jadi untuk hari ini, saya nak berkongsi apa Matlamat saya menulis blog.
Sebenarnya dahulu saya tidak tahu apa matlamat saya menulis blog. Dulu-dulu buat blog saja suka-suka. Ingatkan macam diari sahaja. Tidak tahu langsung sebenarnya blog boleh buat duit dan boleh dibaca oleh orang ramai sampai ke dunia Antarabangsa.
Pembaca dari Israel, Rusia, China, Indonesia dan pelbagai negara lagi sudah membaca blog saya. Sungguh tidakku sangka. Hanya dari follower cuma 11 orang sahaja. Kini sudah seribu lebih. Itu pun ada yang sudah tidak aktif menulis blog jadi Blognya sudah dilupuskan. Sayang.
Sebenarnya, bukan follower yang saya kejarkan. Sememangnya saya minat menulis dari dahulu lagi. Hendak pula, dari blog saya sudah dapat jana pendapatan. Apa lagi? Alang-alang menulis blog sudah dapat pendapatan, baik saya teruskan. Even tulis tu, kadang-kadang entah apa-apa entahlah saya merapukan. 😁
Menulis,
hilang entri tu, sudah memang berkali-kali. Sampai naik fed up jugalah. Tapi, hati hendak juga menulis. Jadi, tulis sahajalah. Kadang-kadang ilmiah, kadang-kadang mengarut. Bukan mencarut ya. Kadang-kadang ada tazkirah, kadang-kadang tulisan KE LAUT.
Seperti kata Red Mummy semasa program Sehari Bersama Blogger pada tahun 2014, "tulis aje... janji anda tulis...". Pada saya, usah biarkan blog kosong tanpa pengisian kerana saya yakin tulisan dalam blog saya ramai yang baca.
Pada saya, pembaca membaca tanpa komen tidak menjadi masalah. Yang penting tulisan saya dibaca dan matlamat penulisan saya tercapai. Jika pembaca komen lebih bagus. Boleh saya singgah semula laman sosial pembaca.
Bagaimana saya tahu ramai yang baca Blog saya? Itu rahsialah. Saya lihat dan memang saya tahu. Walaupun kurang pembaca yang tinggalkan komen, namun saya dapat lihat penambahan pembaca blog saya semakin meningkat dari hari ke hari. Kadangkala mencecah hampir kepada puluhan ribu pembaca sehari. Sayangnya mereka adalah silent reader. Mungkin tiada gossip dan cerita panas membuatkan kurang komen saya terima. Mungkin juga tulisan saya tidak kena selera pembaca. Hehe
Niche saya lifestyle. Jadi saya bebas menulis apa sahaja. Termasuklah pembongkaran kumpulan ajaran sesat. Saya anti ajaran sesat (sihir, syirik dan khurafat). Pengamal, pendakyah dan penyebarnya tidak kiralah pangkat dan jawatan apa jika saya nampak dan tahu, saya pangkah terus. Tidak ada lemah lembut dah. Cara saya pangkah banyak. Termasuklah menulis. Nasiblahkan, kacau aqidah saya, saya ambush habis-habisan. Hahaha 🤣
Sebenarnya bukan peduli makhluk yang kita mahukan, redha Allah pada kita yang kita impi dan hajatkan. Makhluk tidak memberi kesan sedikit pun kepada kita. Mereka yang biadap, samseng mafia militan, adalah makhluk syaithon bertopengkan manusia. Mereka itu sisi negatif kita yang tidak kita lakukan dan pentingnya sentiasa muhasabah diri. Apapun terima kasih pada semua. Sayang anda semua. Tanpa pembaca berkuburlah Blog saya ini.
Kerana
Matlamat saya menulis blog adalah untuk berkongsi pendapat dan pengalaman. Mungkin bermanfaat pula buat orang lain. Bila meninggal dunia nanti, sekurang-kurangnya ilmu yang bermanfaat menjadi bekalan mati." Inilah matlamat saya menulis blog. Anda bagaimana?Apa matlamat anda menulis blog? Mari kongsikan dengan saya. Oh ya, alang-alang menulis, biar dapat duit kan?
Blog dan media sosial yang ada bukanlah tempat umpat-mengumpat, keji-mengeji, gosip-menggosip, kutuk-mengutuk, carut-mencarut mahupun buat spekulasi sebar fitnah seperti telah berlaku berulang-kali terhadap saya. Lama-kelamaan sudah lali. Abaikan sahaja semua toksid tu. Maka marilah kita sama-sama menjadi pengguna media sosial yang bijak dan beradab. Jaga nama dan kerjaya lebih-lebih lagi sebagai blogger. Usah jadi blogger atau ghost writer, influencer sampah ya.
MEMBELA AKIDAH, NYAWA DAN KELUARGA KETURUNAN TUNTUTAN ISLAM
Sebagai contoh, kita berhak menyebarkan cover laporan polis komplot fitnah, jenayah cyberbully body shaming, cyberwar, cyber attack ke atas akidah, nyawa dan keluarga keturunan beta kepada awam untuk
- Membersihkan nama baik dan keluarga keturunan,
- Membela diri, mempertahankan aqidah, nyawa dan keluarga keturunan,
- Menafikan tuduhan, tohmahan dan fitnah. [tarikh kongsi 14/2/2023] seterusnya menjawab persoalan berkaitan tuduhan, tohmahan dan fitnah dilakukan oleh puak penyebar ajaran amalan sesat seperti dalam artikel blog INI dan INI, di laman-laman sosial adalah menjadi perkara utama yang dituntut dalam maslahah syariah Islam.
Sekian.
Sebaik-baik menetap niche semasa mula-mula hendak membina blog. Memandangkan tidak menjadi satu kesalahan mengikut citarasa tersendiri.
ReplyDeleteYeap. Terpulang pada citarasa masing2. Terima kasih... ^__^
Deletetulis je.. jgn jadi mcm de, sekali skala je tulis..hehe
ReplyDeleteSaya menulis kala lapang je. tak juga selalu... he2
DeleteSetuju sangat-sangat. Dan terima kasih kerana berkongsi tip dari Ben Shaari dan Red Mummy dari SPB2014 kepada kami yang tak boleh hadir hari tu :D. Cuma saya juga teringat tuan HarulHassan juga ada mengatakan dengan sebatang pen yang diterima sebagai hadiah hasil berblog pun akan memberi manfaat kepada orang yang menghadiahkan pen tersebut... bukan sekali tetapi berkali-kali... InsyaAllah... berblogging dengan sihat, manfaat hingga akhirat... seperti yang dikata, blogging janganlahlah mengumapat, mengutuk, menghina dan sebagainya... barakallahuminkum... :D
ReplyDeleteSama-sama...
DeleteMinna waminkum Taqbbal Ya Kariim...
salam cikgu....che mat setuju, kita tulis apa saja, selagi ia bukan benda2 yang boleh mendatangkan keburukkan. Berblog ini perlukan kesabaran sebenarnya dan insha Allah hasilnya akan datang sedikit demi sedikit dengan izin Allah.... Moga cikgu terus menulis yea....
ReplyDeleteAllahu... Baru hari ni perasan Tuan Adnan berkomen di sini. Betul tu Tuan. In syaa Allah saya terus menulis.
DeleteAssalamualaikum.. keep blogging ye kak Ieta~~~
ReplyDeleteIn syaa Allah Sheila bila berkelapangan akak akan terus menulis. Tidak di blog, di page, instagram dan juga nota di fb.
DeleteBetul.. menulis utk kebaikan insan... buat bekalan di akhirat juga. Semoga terus sukses Ieta.. :)
ReplyDeleteAamiin... Terima kasih Khir :)
Deletetulisan kena datang dari hati...gituuu. menulis itu mudah, tp kenalah menulis utk kebaikan, matlamat kena betul seiring dgn niat
ReplyDeleteYa betul tu MK Kimi. Happy blogging ya :)
DeleteBunda suka dan setuju sangat ayat perenggan akhir tu....
ReplyDeleteSatu dunia baca penulisan kita...so jagalah maruah kita sebagai blogger...
Kan... :)
DeleteMenulis sebagai hobi. Mulanya kenal blog utk menulis lebih panjang sebab kat FB kurang menarik dan terlalu sosial. Lepas tu terus terpikat... Matlamat hanya utk menyampaikan dan berkongsi ilmu dan perkara yg dapat membawa manfaat. Sambutan menggalakkan, memberi lebih keseronokan dan keyakinan. Semoga Ieta terus menulis...keikhlasan itu penting.
ReplyDeleteYa benar tu Tuan Bin Muhammad. Terima kasih semangat Tuan :)
Deletesemoga terus sukses ye kak..
ReplyDeleteIn shaa Allah... Terima kasih Syuada :-)
DeleteMoga Allah merahmati ruh Blogger Syuhada. Aamiin...
Deletetulis je apa2 entri kat blog.
ReplyDeleteorang nak komen atau tak, terpulang la pada diorang.
entri yg bermanafaat kalo orang baca dan amalkan, pahala pun dapat kat kite :)
Setuju
Deletegua memang tulis blog untuk dapat duit. hoho..
ReplyDeleteSebab menulis tu hobi saya maka duit dah jadi nmbr ke seterusnya :D
Deleteall then best...
ReplyDeleteThanks AM ^__^
DeleteSamalah mcm sis..tulis ikut kata hati...kalau hari ni sedih, sedih le jadinya jalan cerita dan kalau happy, happy le. Janji kita tahu apa kita nak tuliskan.
ReplyDeleteTeruskan minat dn selamat maju jaya...:)
Thanks sis :)
Deletesaya pun baca blog ini, walaupun kadang2 tak sempat nak tinggalkan komen :-)
ReplyDeleteTerima kasih Tuan Sabree sudi membaca blog ini. Mohon tunjuk ajar
Deletesetiap cerita mesti ada kebaikan dan keburukan. yeop ambil poin kebaikan saja, sebab menulis blog untuk cerita diri kita kepada orang lain. tapi setiap cerita mesti ada hadnya. sebab tu yeop berhati-hati bila menulis entri.
ReplyDeleteItu yg sewajarnya. sentiasa berhati2. Sebab tu entri saya banyak terderaf tak jadi publish. huhu...
Deletewife saya yang suruh buat blog..hehe
ReplyDeletebagusnya... sokongan dari pasangan hidup itu perlu ^__^
DeleteMtlmt sy skdr.kongsi ilmu yg ada...
ReplyDeleteyang sebenarnya itulah sewajarnya ^__^
Delete👀👀👀
ReplyDeleteTerima kasih sudi menjadi silent reader blog ini :)
DeleteSemoga apa yang kita tulis dan paparkan dalam blog kita akan memberi manfaat kepada ramai orang.
ReplyDeleteIn syaa Allah... Aamiin...
Deleteall the best cg ieta. nice blog theme :)
ReplyDeleteTerima kasih Tee :)
Deletemenulis adalah suatu hobi , dan hobi itu bisa dituangkan kedalam sebuah blog untuk mengungkapkan semua ilmu yang kita punya...
ReplyDeleteBetul tu Tuan Oyong. Moga saya juga kembali ada mood untuk menulis setelah pelbagai perkara saya lalui :)
Deleteposting ini memberi semangat untuk saya terus menulis walaupu kesuntukan masa.
ReplyDeleteAlhamdulillah... Suka saya membacanya 😍👍👍👍
DeleteTerima kasih Tuan Usry
wah terinspirasi betul baca entri ni kak ieta. setiap blogger pasti ada matlamat kenapa diaorang suka menulis blog. tulislah apa sahaja asalkan kita menulis. lagi bagus kalau kita boleh menulis perkara perkara yang boleh orang manfaatkan.
ReplyDeleteBetul tu Haziq. Maaf akak lama tak buka Blog. Lewat semua akak reply. Mood ke laut dalam 😭
DeleteSaya menulis sekadar mengisi masa lapang sahaja, sekarang ini jarang2 update..
ReplyDeleteAkak sekarang banyak repost je Azwar. Idea banyak tapi tak tertulis. Semua ada di Channel Telegram Cikgu ieta. Tapi menulis di Blog memang la lagi best 😁👍👍👍
DeleteLifestyle blogger senang, cerita je apa yg jadi di sekeliling, insyaAllah, macam2 boleh diceritakan 😉
ReplyDeleteBetul tu Cekgu Norazimah. Tahniah Cikgu masih mengekalkan momentum penulisan berkualiti. Saya respect ngan Cikgu. Idola saya ni 😍👍👍👍
Deleteselamat tahun baru!!! :D
ReplyDeletejemput jenguk sini dan komen . tq :D http://www.yayacendana.com/2017/01/31-days-challenge-by-jdt-blogger-day-3.html
Saya suka baca blog dan sebab itu saya terjebak jadi Blogger.
ReplyDeleteSaya mula baca blog sejak tahun 2009 lagi dan jadi blogger tahun 2012
Wah Terima kasih Tuan sudi membaca tulisan saya. Maaf lama tidak berkunjung blog Tuan. Sama rupanya kita tahun berblogging. Pasti Tuan otai ni.... Saya biasa² je Tuan. Boleh berguru ni ye. Alhamdulillah...
DeleteI simply couldnt go away your site before suggesting that I actually enjoyed the standard
ReplyDeleteinfo a person supply on your visitors? Is going to be again incessantly
in order to inspect new posts
Bila dah minat memuliakana Tu, apa2 platform pun boleh kan
ReplyDeleteHi there very cool web site!! Guy .. Beautiful .. Superb ..
ReplyDeleteIll bookmark your site and take the feeds additionallyIm satisfied to search out a lot
of helpful info here in the post, we need work oout extra techniques on this regard, thank you for sharing.
. . . . .
Assalamu'alaikum. Salam kenal, saya elly suryani, blogger dari Palembang. Suatu saat kalau tahun depan bisa cuti kerja, saya mau berkunjung ke malaysia melihat sistem pendidikan disana. Salam
ReplyDeleteI every time emailed this weblog post page to all my friends,
ReplyDeleteas if like to read it then my links will too.
This is the perfect webpage for everyone who wishes to find
ReplyDeleteout about this topic. You understand so much its almost hard to
argue with you (not that I personally would want to?HaHa).
You certainly put a brand new spin on a topic that's been discussed for many years.
Excellent stuff, just great!
Organic chicken feed is, of course, antibiotic-free.
ReplyDeleteThis will help you to maintain it properly.
ReplyDeleteWow, marvelous blog layout! How long have you been blogging for?
ReplyDeleteyou made blogging look easy. The overall look of your website is magnificent, let alone the content!
I could not refrain from commenting. Perfectly written!
ReplyDeleteHey! I just wanted to ask if you ever have any issues with hackers?
ReplyDeleteMy last blog (wordpress) was hacked and I ended up losing several weeks of hard work due to no data backup.
Do you have any solutions to prevent hackers?
Tell them so. Say how much you enjoy their writing.
ReplyDeleteVery descriptive post, I enjoyed that bit. Will there
ReplyDeletebe a part 2?
If some one wishes to be updated with hottest technologies then he must
ReplyDeletebe pay a quick visit this website and be up to date everyday.
I am really loving the theme/design of your weblog. Do you ever run into any browser compatibility problems?
ReplyDeleteA small number of my blog audience have complained about my blog not working correctly in Explorer
but looks great in Safari. Do you have any ideas to help fix this issue?
I got this website from my buddy who told me about this site and at the moment this time I am visiting this site and reading very informative articles or reviews
ReplyDeleteat this place.
Thanks on your marvelous posting! I seriously enjoyed reading it, you happen to be a great author.
ReplyDeleteI will ensure that I bookmark your blog and will come back from now on. I want to encourage yourself to continue your great work, have a nice
holiday weekend!
Peculiar article, exactly what I wanted to find.
ReplyDeleteI visited several web sites however the audio quality for audio songs present at this site is truly excellent.
ReplyDeleteHowever here I am now after having fun with it once more.
ReplyDeleteIf you would like to get a great deal from this post then you have to apply these techniques to your won website.
ReplyDeleteThis is the perfect web site for anybody who really wants to understand this
ReplyDeletetopic. You realize a whole lot its almost hard to argue with you (not that
I actually would want to…HaHa). You definitely put a new spin on a
topic which has been written about for decades.
Wonderful stuff, just great!
Keep on working, great job!
ReplyDeleteVery nice article, just what I wanted to find.
ReplyDeleteWow! This could be onee particular of the most helpful blogs
ReplyDeleteWe have ever arrive across on this subject. Actually Fantastic.
I'm also an expert in this topi so I can understand your hard work.
This text is worth everyone's attention. How can I find out more?
ReplyDeleteAsking questions are genuinely pleasant thing if you are not understanding something
ReplyDeletefully, except this paragraph presents nice understanding even.
all the time i used to read smaller articles or reviews that as well clear their motive, and that is also happening with this
ReplyDeletearticle which I am reading at this place.
I've been surfing online more than three
ReplyDeletehours today, yet I never found any interesting article like yours.
It is pretty worth enough for me. In my opinion, if all site owners and bloggers made good content as you did, the
web will be a lot more useful than ever before.
My husband and i ended up being filfilled that Edward managed to do his research while usinng the precious
ReplyDeleterecommendations he received from your own wweb page. It's not at all simplistic to simply choose
to be giving foor free instructions which some people ight have been selling.
So we keep in mind we need the blog owner too give thanks
to for this. Those explanations you made, the simple site navigation,
the relationships you give support tto foster - it is everything fabulous, aand it's assisring our son and our family
imagine that that topic is pleasurable, and that's particularly essential.
Thank you for all!
Hello there,just changed into aware of your weblog thru Google, and located that it's truly
ReplyDeleteinformative. I'm going to watch out for brussels. I will be
grateful for those who proceed this inn future. Lots off other people might be benefited
out of your writing. Cheers!