Usah bersangka buruk menilai orang lain tanpa mengetahui kisah sebenar disebalik tindakan mereka.

Usah bersangka buruk menilai orang lain tanpa mengetahui kisah sebenar disebalik tindakan mereka.
Jangan menilai dari apa yang nampak.
Jangan pantas menghukum sesuatu yang kamu tidak tahu hujung pangkal cerita. ~ Instagram Jom_Dakwah.
TAMBAH KENALAN DI FACEBOOK
Dulu-dulu, saya suka add orang di laman facebook, tak kira siapa pun... Dah berapa lama saya pun dah lupa saya add mereka semua tu. Baru minggu ini, saya perasan ramai yang terima saya sebagai kenalan di facebook.

BUAT LAMAN SOSIAL TANPA MATLAMAT.
Masa tu, saya naif tentang laman² sosial ni. Masa tu, rakan facebook saya ada 800 orang je. Masa tu, saya create facebook tanpa matlamat. Masa tu, saya bukan blogger tegar.

AMALKAN ILMU DARI TIPS BLOGGING.
Sebenarnya waktu itu, saya cuba amalkan salah satu dari ilmu Tips Blogging dari Blogger tip top yang tersohor di dunia, Blogger Ben Ashaari yang yang saya perolehi semasa program Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati.

KESAN RAMAI KENALAN DI LAMAN SOSIAL.
Kini, hari-hari orang pula add dan ada yang follow saya tapi tak add saya. Pelik rasa. Ada yang saya accept. Ada yang saya reject. Reject sebab nama pelik²-pelik dan saya tak kenal. Cuak sebab ada yang menyamar. Namun, ramai juga dalam rakan facebook saya adalah pelanggan bisnis saya.

MENTERI ITU SAUDARA RAPAT.
Oh ya, sebenarnya saya nak bercerita, ada satu hari tu kan, saya bersembang dengan seorang makcik jiran berhampiran dengan rumah saya. Terbuka kisah Kangkung yang jadi Viral 1 masa dahulu. Rupanya Menteri itu adalah saudara rapat makcik  Yah (bukan nama sebenar).

Dalam hati saya, Alhamdulillah aku tak viralkan lagu 'Kangkung' atau apa sahaja isu Kangkung dahulu. Tidak, buatnya makcik ni atau saudara-maranya terbaca, mesti mereka malu, kecil hati atau mungkin orang lain pula memalukan aku di laman maya pula. Fuhhh lega...

Saya masih setia mendengar makcik Yah berbicara. Kagum saya dengan makcik ni. Banyak ilmu kejiranan dan ilmu PR saya perolehi darinya pada tengahari iti. Bukan sebarangan orang makcik ni... Speaking London perkara biasa sahaja baginya tau. Kebetulan ada seorang lelaki warga luar bertanyakan arah Masjid, saya dengar Makcik Yah menunjuk arah kepada lelaki Mat Saleh tu.

VAPE DAN LUAHAN HATI SEORANG IBU.
Kemudian terbuka pula kisah Vape. Anak makcik Yah, orang kuat Vape berjenama.  Beliaulah orang yang mula-mula meniaga Vape di sebuah negeri yang kini telah diharamkan Vape tu. Hurmm... Saya terdiam seketika.
Anak Makcik ada 5 orang semuanya. Yang bongsu, dia ni pandai mengaji. Kalau mengaji, sedap suaranya kau tau...? Dia belajar Engineer tapi dia buat bisnis. Ko nak tau bisnis apa? Dia buat Vape. Vape ni wap je Ieta. Wangi... Kalau orang masuk rumah makcik, mesti orang hairan. Kenapa wanginya rumah makcik ni...? Ko tahulah kan, sekarang belajar tinggi pun, nak cari kerja bukannya senang... Itu je bisnis dia boleh buat. Makcik bersyukur sangat. Dapatlah sara makcik nak beli ikan, sayur dan macam-macam lagi." Makcik Yah membuka bicara.

Kau tahu Ieta, sebelum Vape diharamkan, makcik mewah. Tiap-tiap bulan banyak duit anak Makcik sorang ni bagi. Seronok Makcik ieta... Ye lah kan, Makcik ni sorang. Pakcik dah lama takde. Anak Makcik ni lah selalu bagi Makcik duit. Makcik sakit lutut. Manalah Makcik senang nak ke sana ke mari lagi nak...". Sambung Makcik Yah lagi.

Kadang-kadang, makcik kesian tengok anak makcik ni.  Makcik pernah tanya dia, ada ke orang nak beli Vape ni nak... Kan dah diharamkan? Anak makcik senyum je. Takpe mak, mak jangan risau, ada... Satu botol RM20. Ko bayangkan kalau 40 botol? Itulah duit dia sara makcik nak...".

Menitik air mata saya mendengar kisah makcik Yah. Mulia sungguh hati anak Makcik Yah tu. Sanggup buat apa sahaja demi emak yang dia sayang seumur hidupnya. Banyak lagi yang Makcik Yah beritahu tapi tak semua saya boleh kongsi di sini kan? Tak pasal pula saya nanti dituduh macam-macam. Nantilah, bila saya dah pencen, saya cerita semuanya.

Bertabahlah... Ini sahaja nasihat yang mampu saya berikan kepada mereka yang mengalami nasib seperti anak Makcik Yah ni.

Untuk menyambung kisah Makcik Yah di atas, saya kongsikan untuk renungan kita bersama. Mari baca kisah dari whatsapp group salah satu grup bisnis saya sertai ini, 

KISAH BOS DAN PEMANDU PERIBADINYA.
Bos saya memandu sebuah kereta mewah setiap hari dan menjadi tugas saya untuk menyapa beliau dan membuka pintu pagar untuknya. Saya bekerja sebagai penjaga di villa mewah beliau. Tapi tak pernah sekali pun beliau membalas sapaan saya setiap hari.

Suatu hari beliau ternampak saya membuka bungkusan sampah di luar villa beliau untuk mencari jikalau ada sisa-sisa makanan. Tetapi seperti biasa beliau langsung tidak memandang pada saya seolah-olah beliau tidak menyaksikan apa-apa.

Keesokan harinya saya melihat sebuah bungkusan di tempat yang sama, tetapi ianya bersih dan makanan di dalamnya dibungkus dengan baik. Ianya masih segar dan makanan yang elok seperti ada orang yang baru membelinya dari pasaraya. Saya tak kisah daripada mana ianya datang, saya segera mengambilnya dan saya sangat gembira pada hari itu.

Setiap hari saya dapati bungkusan makanan di tempat yang sama dengan sayuran yang segar dan semua barang keperluan dapur. Ini menjadi rutin saya setiap hari. Saya menikmati dan berkongsi makanan - makanan ini dengan anak dan isteri saya. 

Saya terfikir siapalah yang cuai sangat ni? Setiap hari tertinggal bungkusan yang penuh dengan makanan segar.

Suatu hari masalah yang sangat besar telah berlaku di villa. Saya diberitahu bahawa boss saya telah meninggal dunia. Ramai orang datang melawat ke villa pada hari itu dan saya tak menjumpai bungkusan makanan pada hari itu, jadi saya rasa mungkin salah seorang tetamu telah mengambil bungkusan itu. Tapi perkara yang sama berulang pada hari ke-2, hari ke-3 dan hari ke-4.

Ianya berterusan sehingga beberapa minggu dan saya mengalami kepayahan untuk menyediakan makanan kepada keluarga saya, jadi saya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan isteri bos saya dan meminta untuk menaikkan gaji saya atau saya akan berhenti bekerja sebagai penjaga di villa itu.

Selepas saya memberitahu pada isteri bos saya, beliau terkejut dan bertanya kepada saya kenapa saya tak pernah mengadu tentang gaji sepanjang 2 tahun ini? Dan kenapa tiba - tiba pula sekarang gaji tidak cukup? Saya memberikan beliau pelbagai alasan dan beliau langsung tidak percaya.

Akhirnya saya terpaksa memberitahu cerita sebenar tentang bungkusan makanan itu dan bagaimana ia mencukupkan keperluan harian saya. Beliau kemudian bertanya bilakah ianya terhenti? Saya beritahu beliau ianya terhenti selepas kematian suaminya.

Dan barulah saya sedar bahawa saya tidak menjumpai bungkusan makanan itu sebaik sahaja bos saya meninggal dunia.

Kenapa langsung tidak pernah terlintas di fikiran saya sebelum ini? Sebenarnya bos sayalah yang membekalkan makanan kepada saya setiap hari. Saya rasa mungkin sebab saya tak sangka bahawa seseorang yang tidak pernah membalas sapaan saya sebelum ini rupa - rupanya ialah seorang yang sangat baik hati.

Isterinya mula menangis dan saya memujuk beliau supaya berhenti menangis dan saya betul - betul minta maaf sebab minta dinaikkan gaji, saya tidak sangka bahawa suami puan yang menyediakan makanan pada saya setiap hari. Saya akan kekal menjadi penjaga villa ini dan saya sangat terbesar hati untuk memberi perkhidmatan saya.

Isterinya memberitahu,
Saya menangis kerana saya telah menjumpai orang ketujuh yang suami  saya berikan bungkusan yang berisi penuh makanan. Saya tahu suami saya memberikan kepada 7 orang setiap hari dan saya telah menjumpai 6 orang sebelum ini dan selama ini saya memang mencari orang yang ketujuh. Dan hari ini saya telah menjumpainya. 

Bermula hari itu dan seterusnya, saya mula menerima bungkusan berisi makanan lagi. Kali ini anak lelakinya yang datang ke rumah saya dan memberikannya kepada saya. Tetapi setiap kali saya berterima kasih kepadanya, beliau tidak pernah membalas sapaan saya! 

Sama seperti ayahnya!

Suatu hari, saya katakan pada beliau TERIMA KASIH dengan suara yang agak kuat! Beliau membalas semula kepada saya dan beritahu supaya tidak berkecil hati jika beliau tidak membalasnya kerana beliau mempunyai masalah pendengaran, sama seperti ayah beliau!

Oh! Saya telah banyak bersangka buruk menilai orang lain tanpa mengetahui kisah sebenar disebalik tindakan mereka."

Berbaik - baiklah dalam berurusan dengan orang lain kerana setiap orang mempunyai kepayahan mereka sendiri. Hati - hati, jangan asyik pentingkan diri sendiri. Sebelum anda menilai, ada satu perkara yang anda boleh lakukan iaitu BERTANYA.

Jangan buat kesimpulan sendiri, ianya sangat - sangat tidak bagus. Ia mungkin memberikan kesan buruk kepada kita di kemudian hari. Banyak masalah boleh timbul kerana kita tersalah tanggapan terhadap perkara yang berlaku di sekeliling kita. Jangan menilai sesuatu situasi yang kita kita tidak pernah alami sendiri. Merendah dirilah untuk pelajari sesuatu hikmah. Marilah kita ubah cara menilai terhadap diri kita dan orang lain.

Dua pengajaran daripada cerita ini, jangan terus percaya dan menilai terhadap sesuatu situasi.

KESIMPULAN.
Setiap orang menghadapi kesukaran yang berbeza yang mungkin kita tidak pernah tahu. Jadi, usah bersangka buruk menilai orang lain tanpa mengetahui kisah sebenar disebalik tindakan mereka.

Apa pendapat anda?


Artikel ringkas berkaitan :
JANGAN MUDAH BERSANGKA BURUK

12 comments:

  1. Walaupun entri nie panjang tapi saya baca sampai abes.. seronok baca dan penuh dengan motivasi

    ReplyDelete
  2. Memang tak baik bersangka buruk dengan orang lain

    ReplyDelete
  3. mungkin kita tak kenal mereka, tapi tak salah untuk bersangka baik

    ReplyDelete
  4. kalau bersangka buruk, tak elok juga bagi sesetengah situasi

    ReplyDelete
  5. kata orang tabayyun, atau bersangka baiklah

    ReplyDelete
  6. kadang bersangka buruk boleh juga, tapi tengok situasi

    ReplyDelete
  7. ada benarnya akak,jangan terlalu cepat menilai dan menghentam kn akak,bagus entry kali ini,peringatan buat efa juga akak,supaya kita lebih berhati hati bertindak yang bukan bukan,sepatutnya kita dengar kita periksa teliti dan ada sebabnya juga kan kak ,harap ada lebih banyak artikel sebegini ya akak,terima kasih sgt pada akak ieta ;)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5
Lambat beta tahu mereka tu siapa dan leluhur tu adalah jin. 3/8/2021 beta dapat tahu dari emak saudara beta, datuk, nenek moyang beta Raja Bugis, Raja Arab Banjar keturunan Rasulullah SAW. 22/9/2023 dapat salasilah moyang Raja Majapahit, 23/9/2023 terjumpa rajah salasilah moyang Raja Majapahit.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz bomoh, mantan guru silat sesat berkhadam saka, mendakyah beta ajaran sesat. Sebab itu beta suka ulang beta darah Raja Bugis, Raja Arab Banjar, Raja Majapahit KETURUNAN Rasulullah SAW. Bahagia sudah tahu kenal diri sendiri.

WAJIB semua orang tahu, beta anti scammer, semua ajaran amalan sesat (sihir, syirik dan khurafat) iaitu ilmu karuuhun.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Jadi usah banggal...