Jangan pantas menghukum sesuatu yang kamu tidak tahu hujung pangkal cerita. ~ Instagram Jom_Dakwah. |
Dulu-dulu, saya suka add orang di laman facebook, tak kira siapa pun... Dah berapa lama saya pun dah lupa saya add mereka semua tu. Baru minggu ini, saya perasan ramai yang terima saya sebagai kenalan di facebook.
BUAT LAMAN SOSIAL TANPA MATLAMAT.
Masa tu, saya naif tentang laman² sosial ni. Masa tu, rakan facebook saya ada 800 orang je. Masa tu, saya create facebook tanpa matlamat. Masa tu, saya bukan blogger tegar.
AMALKAN ILMU DARI TIPS BLOGGING.
Sebenarnya waktu itu, saya cuba amalkan salah satu dari ilmu Tips Blogging dari Blogger tip top yang tersohor di dunia, Blogger Ben Ashaari yang yang saya perolehi semasa program Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati.
KESAN RAMAI KENALAN DI LAMAN SOSIAL.
Kini, hari-hari orang pula add dan ada yang follow saya tapi tak add saya. Pelik rasa. Ada yang saya accept. Ada yang saya reject. Reject sebab nama pelik²-pelik dan saya tak kenal. Cuak sebab ada yang menyamar. Namun, ramai juga dalam rakan facebook saya adalah pelanggan bisnis saya.
MENTERI ITU SAUDARA RAPAT.
Oh ya, sebenarnya saya nak bercerita, ada satu hari tu kan, saya bersembang dengan seorang makcik jiran berhampiran dengan rumah saya. Terbuka kisah Kangkung yang jadi Viral 1 masa dahulu. Rupanya Menteri itu adalah saudara rapat makcik Yah (bukan nama sebenar).
Dalam hati saya, Alhamdulillah aku tak viralkan lagu 'Kangkung' atau apa sahaja isu Kangkung dahulu. Tidak, buatnya makcik ni atau saudara-maranya terbaca, mesti mereka malu, kecil hati atau mungkin orang lain pula memalukan aku di laman maya pula. Fuhhh lega...
Saya masih setia mendengar makcik Yah berbicara. Kagum saya dengan makcik ni. Banyak ilmu kejiranan dan ilmu PR saya perolehi darinya pada tengahari iti. Bukan sebarangan orang makcik ni... Speaking London perkara biasa sahaja baginya tau. Kebetulan ada seorang lelaki warga luar bertanyakan arah Masjid, saya dengar Makcik Yah menunjuk arah kepada lelaki Mat Saleh tu.
VAPE DAN LUAHAN HATI SEORANG IBU.
Kemudian terbuka pula kisah Vape. Anak makcik Yah, orang kuat Vape berjenama. Beliaulah orang yang mula-mula meniaga Vape di sebuah negeri yang kini telah diharamkan Vape tu. Hurmm... Saya terdiam seketika.
Anak Makcik ada 5 orang semuanya. Yang bongsu, dia ni pandai mengaji. Kalau mengaji, sedap suaranya kau tau...? Dia belajar Engineer tapi dia buat bisnis. Ko nak tau bisnis apa? Dia buat Vape. Vape ni wap je Ieta. Wangi... Kalau orang masuk rumah makcik, mesti orang hairan. Kenapa wanginya rumah makcik ni...? Ko tahulah kan, sekarang belajar tinggi pun, nak cari kerja bukannya senang... Itu je bisnis dia boleh buat. Makcik bersyukur sangat. Dapatlah sara makcik nak beli ikan, sayur dan macam-macam lagi." Makcik Yah membuka bicara.
Kau tahu Ieta, sebelum Vape diharamkan, makcik mewah. Tiap-tiap bulan banyak duit anak Makcik sorang ni bagi. Seronok Makcik ieta... Ye lah kan, Makcik ni sorang. Pakcik dah lama takde. Anak Makcik ni lah selalu bagi Makcik duit. Makcik sakit lutut. Manalah Makcik senang nak ke sana ke mari lagi nak...". Sambung Makcik Yah lagi.
Kadang-kadang, makcik kesian tengok anak makcik ni. Makcik pernah tanya dia, ada ke orang nak beli Vape ni nak... Kan dah diharamkan? Anak makcik senyum je. Takpe mak, mak jangan risau, ada... Satu botol RM20. Ko bayangkan kalau 40 botol? Itulah duit dia sara makcik nak...".
Menitik air mata saya mendengar kisah makcik Yah. Mulia sungguh hati anak Makcik Yah tu. Sanggup buat apa sahaja demi emak yang dia sayang seumur hidupnya. Banyak lagi yang Makcik Yah beritahu tapi tak semua saya boleh kongsi di sini kan? Tak pasal pula saya nanti dituduh macam-macam. Nantilah, bila saya dah pencen, saya cerita semuanya.
Bertabahlah... Ini sahaja nasihat yang mampu saya berikan kepada mereka yang mengalami nasib seperti anak Makcik Yah ni.
Untuk menyambung kisah Makcik Yah di atas, saya kongsikan untuk renungan kita bersama. Mari baca kisah dari whatsapp group salah satu grup bisnis saya sertai ini,
KISAH BOS DAN PEMANDU PERIBADINYA.
Bos saya memandu sebuah kereta mewah setiap hari dan menjadi tugas saya untuk menyapa beliau dan membuka pintu pagar untuknya. Saya bekerja sebagai penjaga di villa mewah beliau. Tapi tak pernah sekali pun beliau membalas sapaan saya setiap hari.
Saya menangis kerana saya telah menjumpai orang ketujuh yang suami saya berikan bungkusan yang berisi penuh makanan. Saya tahu suami saya memberikan kepada 7 orang setiap hari dan saya telah menjumpai 6 orang sebelum ini dan selama ini saya memang mencari orang yang ketujuh. Dan hari ini saya telah menjumpainya.
KESIMPULAN.
Apa pendapat anda?
Artikel ringkas berkaitan :
JANGAN MUDAH BERSANGKA BURUK
Walaupun entri nie panjang tapi saya baca sampai abes.. seronok baca dan penuh dengan motivasi
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih Akim. ☺
DeleteMemang tak baik bersangka buruk dengan orang lain
ReplyDeleteYa betul… Terima kasih ^__^
Deletemungkin kita tak kenal mereka, tapi tak salah untuk bersangka baik
ReplyDeletekalau bersangka buruk, tak elok juga bagi sesetengah situasi
ReplyDeleteBegitulah Puan ^__^
Deletekata orang tabayyun, atau bersangka baiklah
ReplyDeletekadang bersangka buruk boleh juga, tapi tengok situasi
ReplyDeleteBerhati-hati lebih baik kan Puan Raihanah, terima kasih sudi komen dan sudi singgah ke blog ini ya ^__^
Deleteada benarnya akak,jangan terlalu cepat menilai dan menghentam kn akak,bagus entry kali ini,peringatan buat efa juga akak,supaya kita lebih berhati hati bertindak yang bukan bukan,sepatutnya kita dengar kita periksa teliti dan ada sebabnya juga kan kak ,harap ada lebih banyak artikel sebegini ya akak,terima kasih sgt pada akak ieta ;)
ReplyDeleteTerima kasih Eyfa. Semoga bermanfaat. ☺
Delete