Best ke tarikh 29/2/2016?

Best ke tarikh 29/2/2016?
Best ke tarikh 29/2/2016?
Bila kecelaruan minda bermaharajalela, nak juga menaip, ketagihan menulis melanda dalam jiwa... Saya cuba mencari apa yang bestnya dengan tarikh 29/2/2016? Pada saya tarikh ni biasa je. Tak ada apa langsung pun yang menarik dan luar biasa.

Apa kaitan tarikh 29/2/2016 dengan boring?
Boring dan mood blogging saya tetap menurun seperti turunnya page rank blog saya dari PR3 ke PR2 dan sekarang terus hilang PR itu. Bila nak naik entahlah kan? Huh! Best ke Best? Memanglah tak best...

Serius, tak menarik hati saya langsung. Entri saya tetap tidak menyengat seperti blogger lain. Silent reader tetap membaca dan berlalu begitu sahaja tanpa sebarang tulisan di ruangan komen pun.

Saya cuba mencari Apa yang bestnya dengan 29/2/2016? Ahha... ada... Baru teringat, ada tiga (3) perkara yang best pada tarikh 29/2/2016 ini.

1) Tepung Kek Extra Coklat Lembap.
Nampak sedap je ni...
Tepung kek ni kan, begini ceritanya. Usai sahaja mengajar, tiba-tiba anak murid saya datang dan hulur tangannya sambil berkata "Cikgu, nah emak saya suruh bagi". Terkedu saya. Nak tolak serba-salah. Jadi saya pun ambillah. Jadi, hari cuti nanti, bolehlah saya masak untuk suami dan anak-anak tercinta tau.... :)

2) Anak murid baca blog.
Keluar dari bilik guru petang tadi, seorang murid lelaki darjah 5 tiba-tiba beritahu saya, "Cikgu, saya dah baca blog Cikgu".
Saya tanya "Best ke blog Cikgu?".
Murid menjawab "Best... Kelakar Cikgu. Ada yang pasal budak pendek dengan cerita kelakar satu lagi tu". Tak ingat saya cerita apakah?

Aduh... Boleh lah kan dari tiada langsung yang sudi membaca. Sekurang-kurangnya, ada juga yang sudi membaca dan terhibur dengan coretan saya. Ha, suka hati saya tau... ^__^

3) Dapat stok Air Kedondong Asam Boi.
Best ke tarikh 29/2/2016?, Jus Kedondong best
Nak ke nak? Meh Whatsapp je nombor tertera ya ^___^
Ha, Jus Kedondong Asam Boi ni kan, lain dari yang lain tau... Rasanya... Haish, sedapnya yang amat... Ni untuk pelanggan saya dari Johor dah order 5 botol. Selebihnya, Pat-patnya... Siapa cepat, dia punya.... :D

Ha, best ke tidak tarikh 29/2/2016 ni? Memang best... Jika kita fikir dan ingatkan perkara yang best dan menggembirakan hati nurani kita sendiri. Betul tak?

7 comments:

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz rupanya bomoh, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka, mendakyah beta ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

IMPLIKASI AJARAN SESAT : SIHIR, PUKAU, FITNAH MANIPULASI PERBUALAN JENAYAH CYBERBULLY

IMPLIKASI AJARAN SESAT : SIHIR, PUKAU, FITNAH MANIPULASI PERBUALAN JENAYAH CYBERBULLY Akibat dan sebab ajaran sesat diharamkan. Akibat tidak...