KERJA GURU MENANDA KERTAS PEPERIKSAAN DAN MENYEMAK BUKU PELAJAR

KERJA GURU MENANDA KERTAS PEPERIKSAAN DAN MENYEMAK BUKU PELAJAR.
KERJA GURU MENANDA KERTAS PEPERIKSAAN DAN MENYEMAK BUKU PELAJAR
RUTIN SEORANG GURU.
Inilah rutin dan amanah buat seorang guru selain mengajar dan menyiapkan pelbagai dokumentasi, di samping melaksanakan aktiviti-aktiviti telah dirancang di sekolah.

Gambar di atas, adalah sebahagian buku-buku latihan pelajar saya dari darjah 1 hingga ke darjah 5 sesi pagi dan petang. Darjah 6 sudah siap saya semak sebelum cuti sekolah.

HAJAT TAK KESAMPAIAN.
Saya bercadang buku di sekolah yang tidak habis lagi saya semak saya nak ambil bawa balik semak di rumah sepanjang cuti sekolah seminggu ni. Kononnya lah kan... Tetapi beberapa hari dalam tempoh cuti persekolahan ni, saya kurang sihat. Maka hajat saya tu tak kesampaian.
KERJA GURU MENANDA KERTAS PEPERIKSAAN DAN MENYEMAK BUKU PELAJAR, Codi Cafe sedap, lazat dan menyegarkan badan.
Namun, Alhamdulillah walau pun kesihatan sedikit kurang memuaskan, dengan izin Allah saya minum Codi Cafe ni, dapatlah menyegarkan badan saya sedikit. Tidak, selalunya pasti melepek terus.
KERJA GURU MENANDA KERTAS PEPERIKSAAN DAN MENYEMAK BUKU PELAJAR, Timbunan kertas Ujian
Dari 18 bundle kertas Ujian, 10 bundle sahaja saya sempat siapkan menandanya di sekolah. Maka tinggallah lagi 8. Ha, baru sebentar tadi jam 3 pagi tadi siap 3 ¹/² bundle. Esok nak siapkan baki. Kalau dapatlah... 😁😁😁
KERJA GURU MENANDA KERTAS PEPERIKSAAN DAN MENYEMAK BUKU PELAJAR
Harap-harapnya, esok dapatlah saya menyiapkan lagi 4 ¹/² bundle yang tinggal. Aamiin... Sebab Sabtu dan Ahad suami tak kerja. Boleh bawa anak yang 5 orang tu berjalan. Bisnis saya, cuti sekolah ni stop sekejap. Utamakan kerjaya utama.

TIPS MENANDA KERTAS PEPERIKSAAN.
Bagaimana saya menanda kertas pepriksaan dengan kekalutan melayan karenah 5 orang anak saya? Anda boleh baca dalam entri ini ->> Tips mudah menanda kertas peperiksaan.

KESIMPULAN, SELESAIKAN AMANAH DIBERI.
Beginilah antara kerja guru, menanda kertas peperiksaan dan buku latihan pelajar walaupun bercuti. Amanah ini saya cuba selesaikan secepat mungkin dan semampu saya. Anda pula bagaimana? Ke mana anda sekeluarga cuti sekolah kali ini? 

7 comments:

  1. Xde g mana2 cuti.cikgu suami keje lg pun xde ank lg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpelah kan? Cik Ash, cuaca sekarang ni dengan masalah strok haba, rasanya lebih selesa duduk di rumah sahaja kan?

      Terima kasih Cik Ash sudi singgah dan komen ^__^

      Delete
  2. Efa tahu tugas guru bagaimana sbb arwah ayah juga guru dan efa juga ada keluarga angkat di kalangan guru,malah kawan pun ada hehe termasuk kak ieta,memang banyak cabaran,nampak spti mudah kan,dan ada yg beranggapan bila cuti je cikgu semua relax tp xbtul semua tu hehe,.sayang semua cikgu di dunia ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah Efa. Tu sebab sekarang ni akak dah jarang publishkan entri. Idea banyak tp nak mengedit tak de masa sangat. Kerja guru wajib diutamakan sebab tu periuk nasi dan amanah utama utk akak as guru. Tak ramai yang faham. Tu yang kena cerita dalam blog supaya faham. Thanks Efa sentiasa support akak :)

      Delete
  3. Bukan mudah sebenarnya tugas seorang guru. Alhamdulillah akk berjaya menyelesaikannya. Kdg2 saya teringin juga nk tanda kertas buku sekolah ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benat Linda.Guru mesti kuat daya tahan emosi dan mental. Menanda tu hanya sebahagian sahaja tugas rutin seorang guru. Banyak lagi perlu disiapkan. Tapi, kerjaya guru memang menyeronokkan akak. Akak happy hehe

      Delete
    2. Benat Linda.Guru mesti kuat daya tahan emosi dan mental. Menanda tu hanya sebahagian sahaja tugas rutin seorang guru. Banyak lagi perlu disiapkan. Tapi, kerjaya guru memang menyeronokkan akak. Akak happy hehe

      Delete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz rupanya bomoh, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka, mendakyah beta ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

IMPLIKASI AJARAN SESAT : SIHIR, PUKAU, FITNAH MANIPULASI PERBUALAN JENAYAH CYBERBULLY

IMPLIKASI AJARAN SESAT : SIHIR, PUKAU, FITNAH MANIPULASI PERBUALAN JENAYAH CYBERBULLY Akibat dan sebab ajaran sesat diharamkan. Akibat tidak...