Kenapa perlu marah, sabar itu kan lebih baik?

Kenapa perlu marah, sabar itu kan lebih baik?
Kenapa perlu marah, sabar itu kan lebih baik?, Paku di dinding, Punca dan kesan marah, Keburukan marah, Sabar itu indah, Jagalah silaturrahim, Amalan Untuk Masuk Syurga, Jaga hubungan dengan sahabat, kawan, keluarga dan rakan sekerja, cikgu, pengalaman hidup, nasihat, marah, sabar, cara bersabar, motivasi, kisah motivasi, kisah cikgu ieta, Denaihati Network
Dinding jika dipaku akhirnya merosakkan. Begitulah hati. Jika sering disakiti, lukanya berpanjangan. Sumber gambar : Google.
Assalamu'alaikum. Inilah artikel pertama saya kongsikan di dalam blog ini pada tarikh 2/6/2009, jam 1.29 petang bertajuk 'Paku di dinding'. Tarikh ini adalah tarikh mula saya berblogging. Hari ini, saya sunting dan kongsikan semula secara automatik melalui aplikasi Networked Blog sebagai renungan buat saya dan mungkin bermanfaat buat anda semua.

Paku di dinding.
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata,
Kau telah melakukannya dengan baik anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu TIDAK akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal".
paku di dinding
Paku di dinding melubangkan dinding. Luka dihati buat hati jadi sumbing. Sumber gambar : Google.
Lihatlah kesan marah melalui kisah yang saya kongsikan ini.

Punca dan kesan marah.
Tahukah anda, marah hanya lebih memburukkan keaadaan. Marah memang tidak mendatangkan kebaikan. Marah adalah berpunca dari keegoan dalam diri. Kenapa saya kata ego? Kerana hanya individu yang ego sahaja mudah melenting marah tanpa sebab munasabah dan menuding jari mencari salah dan silap orang lain.

Keburukan marah.
Apa terjadi bila kita marah? Pasti pelbagai perkataan kurang enak akan keluar dari mulut bukan? Pasti tingkahlaku di luar jangkaan kan? Wajah pun pasti bertambah kedutan kan? Tak percaya, cubalah lihat cermin ketika marah. Hehe... Burukkan?

Sabar itu indah.
Sebab itulah dalam hidup kita, perlu banyak-banyak bersabar. Kita baca tulisan orang lain di laman sosial, kadangkala orang tak tujukan pun kepada kita. Tetapi kita melenting-lenting marah. Tuding jari ke sana ke mari. Salahkan semua orang di sekeliling kita. Kita tak kaji diri kita sendiri. Apa kita buat? Kenapa kita perlu terasa hati dengan apa yang orang lain tulis? Jika benar kita tersilap, kita minta maaf sahajalah. Jika kita tidak buat. Kita tidak silap, anggap sahaja itu sebagai peringatan dan nasihat. Jadi kenapa perlu marah sehingga ada yang putus silaturrahim kekeluargaan, putus persahabatan dan malahan lebih teruk, putus ikatan perkahwinan. Hanya kerana tulisan di laman sosial yang kita baca dan tiada kaitan dengan kita. Kita sudah berburuk sangka yang bukan-bukan, tohmah darah daging sendiri, putuskan ukhuwwah persahabatan atau ikatan rumahtangga yang sah telah terjalin sekian lama.

Kenapa perlu marah, sabar itu kan lebih baik?, Paku di dinding, Punca dan kesan marah, Keburukan marah, Sabar itu indah, Jagalah silaturrahim, Amalan Untuk Masuk Syurga, Jaga hubungan dengan sahabat, kawan, keluarga dan rakan sekerja, cikgu, pengalaman hidup, nasihat, marah, sabar, cara bersabar, motivasi, kisah motivasi, kisah cikgu ieta, Denaihati Network
Putus memang mudah. Sambung itu yang payah. Sumber : BlogInstagram Kisah Cikgu ieta.
Jagalah silaturrahim.
Ketahuilah, hubungan silaturrahim, hubungan kekeluargaan, persahabatan dan ikatan perkahwinan adalah hubungan yang perlu dijaga dengan baik. Kawal dan jagalah emosi masing-masing. Perkara boleh dibawa berbincang, perkara boleh diperbaiki, berbincang dan perbaikilah. Usah tuding jari sana sini.

Mari renungkan pula hadith pilihan saya ini berkaitan Amalan Untuk Masuk Syurga.

Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansori RA, bahawasanya seorang lelaki berkata, 
Wahai Rasulullah, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk syurga'.
Jawab Rasulullah,
Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan solat, keluarkan ZAKAT dan eratkan hubungan silaturahim'. Sumber hadith : JAKIM.

Jaga hubungan dengan sahabat, kawan, keluarga dan rakan sekerja.
Sesungguhnya, sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kita ketawa dan menggalakkan kita ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya untuk menerima kita seadanya. Kawan pula berbeza. Tidak sama dengan sifat seorang sahabat. Begitulah juga hidup sebagai pasangan suami isteri dan hubungan kekeluargaan perlu dijaga. Bertolak-ansurlah dalam pelbagai perkara. Begitu juga hubungan bersama rakan-rakan sejawatan. Jaga dan binalah dengan baik, erat dan mesra. Islam kan menggalakkan jaga Silaturrahim sesama kita. Jadi, jaga mulut, jaga lidah. Jangan sampai ada yang terluka. Paling penting, jaga keluarga, jaga kerja dan jaga amal jariah sendiri. Itu lebih baik daripada sibuk ambil tahu keburukan dan sebar aib orang lain ke merata alam. Jadi, kenapa perlu marah, sabar itu kan lebih baik?
Hadamkan.
Bila seorang lebih tua dari anda menasihati anda dengan baik, dalam kumpulan atau secara peribadi. Anda pula marah, hina, keji dan perli-perli malahan sampai tahap  ugut dan pulaukan dia. Maka jangan salahkan dia jika anda dibiarkan buat selama-lamanya. Puas hatikan? Sudah tiada orang akan menegur anda lagi... Mulai saat dia berdiam diri, buatlah apa sahaja ikut haluan sendiri  dan jangan cari dia lagi jika anda bermasalah". Quote of The Day Kisah Cikgu ieta
  1. Hadith : JAKIM melalui Tutorial JiwaRosak di blog Kisah Cikgu ieta.
  2. Cerita : Blog Blogger Nurisyima.

2 comments:

  1. kesiann rumah tu, kena paku aje.

    ReplyDelete
  2. dulu ada jugak kisah pasal ni tapi pasal anak dia yang tak solat & suka buat maksiat. Setiap kali anak dia buat benda jahat, ayah dia paku sampai lah anak dia ternampak semua paku tu then dia insaf. Anyway, salam perkenalan cikgu ieta :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5
Lambat beta tahu mereka tu siapa dan leluhur tu adalah jin. 3/8/2021 beta dapat tahu dari emak saudara beta, datuk, nenek moyang beta Raja Bugis, Raja Arab Banjar keturunan Rasulullah SAW. 22/9/2023 dapat salasilah moyang Raja Majapahit, 23/9/2023 terjumpa rajah salasilah moyang Raja Majapahit.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz bomoh, mantan guru silat sesat berkhadam saka, mendakyah beta ajaran sesat. Sebab itu beta suka ulang beta darah Raja Bugis, Raja Arab Banjar, Raja Majapahit KETURUNAN Rasulullah SAW. Bahagia sudah tahu kenal diri sendiri.

WAJIB semua orang tahu, beta anti scammer, semua ajaran amalan sesat (sihir, syirik dan khurafat) iaitu ilmu karuuhun.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Jadi usah banggal...