Assalamu'alaikum.
Anda pernah
bercinta? Pernah putus cinta? Bagaimana rasanya
putus cinta? Memang perit jika cinta putus dipertengahan hubungan. Kita semua
sama, pasti pernah dan akan merasainya. Jadi, bagaimana "CARA
HADAPI PUTUS CINTA"?
|
Ehsan dari pakcik google... Usah biarkan diri terbelenggu dek kecewa putus cinta... |
Apa yang
perlu dilakukan di saat begitu lemah dan hari-hari bergenang air mata? Bangkit
semula membina kekuatan. Teruskan juga kehidupan.
Putus cinta memang sakit bukan? Apakah ikutkan perasaan? Atau mengamuk sakan? Atau kembali kepada TUHAN? ~ Cikgu ieta ~
Ini antara 8 CARA HADAPI PUTUS CINTA yang berkesan.
2) Menangislah...
menangis itu normal... berserah diri pada Allah semasa solat itu lebih baik
dari berterusan mengingati dan meratapi cinta yang putus di pertengahan.
3) Sambung belajar. Waktu belajar,
kita akan jumpa ramai lagi kawan-kawan yang macam-macam ragam. Syok belajar
ni...
4) Sibukkan diri dengan kerja.
5) Cari kawan, elakkan menyendiri. Bila
bersendirian, syaitan mudah menghasut kita.
6) Dekatkan
diri dengan program-program keagamaan .
7) Baca al-quran bila sedih.
Dengan kebergergantungan terhadap agama dan al-quran serta berdoa sahaja jiwa
memperolehi kekuatan.
8) Bila rindu mencengkam jiwa, letakkan
tapak tangan di dada, bacalah surah al-Fatihah sebanyak yang dapat. Inshaa
Allah boleh lena dengan nyenyak.
Ramai
yang berjaya menghadapi kekecewaan melalui CARA HADAPI PUTUS CINTA ini. Usah biarkan diri dibayangi kisah silam yang kelam dan suram. Moga anda yang sedang kecewa terubat dengan sedikit panduan dan santapan minda dan rohani dari saya Blogger Cikgu ieta.
Anda ada pengalaman
menghadapi kekecewaan dalam percintaan? Kongsikan CARA HADAPI
PUTUS CINTA anda di
ruangan komen artikel ini.
Nice tips...
ReplyDeleteHehe... pengalaman mengajar segalanya
DeleteMemang sedih kan bila putus cinta. Tapi lagi sedih kalau dengan cinta, hubungan kita dengan Allah putus.
ReplyDeleteSgt2 menyedihkan jika begitu jadinya
Deletenice entry :)
ReplyDeleteThanks Ana :)
Delete9. cari pengganti..:D
ReplyDelete:D
Deletebetul info yg sgt menarik
ReplyDeleteMoga bermanfaat :)
Deleteterbaikla cara tu, cinta pada manusia belum tentu kekal...
ReplyDeleteTerima kssih tuan
DeleteAs salam.
ReplyDeleteTipa terbaiklah.Paling penting..jgn putus asa.
Terima kasih
Deleteyeop pernah kecewa banyak kali, biasalah dah dia tak setia kepada yeop. nak cari orang lain jugak. jadi yeop tak perlu bercinta sekarang ini, lebih baik bertumpu kepada pernikahan yeop saja. doa-doakan yeop dapat melangsungkan pernikahan yeop, insya-Allah.
ReplyDeleteAmiin... Akak doakan Yeop bertemu jodoh yg terbaik atas kebaikan2 yg pernah Yeop lakukan selama ni ^__^
DeleteTerima kasih Yeop..
sedih sangat bila sy cuba mmpertahankan hbungan nie tapi bf sy hancurkan juga..bila dapat tahu berita nie..terus terjatuh dan mnngis ja..sebak..sy dah cba buat yg terbaik tapi semua xdihargai...dah berpuluh kali beri peluang tpi masih curng...kenapa wujud prempuan mcm nie...xdk prasaan ke mrampas pasangan org lain :(
ReplyDeleteSabar dik. Lebih baik putus semasa bercinta dari bercerai selepas berumahtangga. Sebenarnya... Allah putuskan kerana dia bukan yang terbaik untuk adik. Sebab itu dalam Islam, tidak ada istilah couple. Couple itu haram. Nikah itu yang indah. Kenapa indah? Kerana ia ikatan yang halal dan sah. Moga Nor Idayu bertabah. Maaf lewat reply. Cikgu sibuk di sekolah. Tabah ya.
Deletesy bru lps putus tunang.. sedih hanya ALLAH je yg tahu.. tq info.
ReplyDeleteSabar ya Zara. Cikgu faham tu.
DeleteLebih baik putus semasa bertunang dari bercerai selepas berumahtangga. Sebenarnya... Allah putuskan kerana dia bukanlah yang terbaik untuk Zara. Redha ya dengan ketentuan Allah.
Moga Zara bertabah dan cuba ya ikut panduan Cikgu beri ni. Maaf lewat reply. Cikgu sibuk di sekolah. Tabah tau....
Good sharing!
ReplyDeleteTenkiu :)
DeleteJadikan kegagalan dlm bercinta sbg titik mula untuk sesuatu kejayaan 😊
ReplyDeleteSetuju. Betul sangat tu. Mereka yang buat seseorang frust tu sebenarnya hanya sebagai ujian. Hadir seketika untuk kuatkan kentalkan hati sebenarnya. :)
DeleteMenangis itu perlu kalau betul blh membantu kita utk bangkit semula setelah tangisan berakhir
ReplyDelete