AMALAN WANITA HAID DI BULAN RAMADHAN

SALAH FAHAM DAN KEKELIRUAN KETIKA HAIDH

Ada yang beranggapan, bila haidh tidak boleh buat anyak perkara. Antara kepercayaan khurafat yang popular di kalangan awam sewaktu haidh,

  1. Tidak boleh memotong kuku.
  2. Tidak boleh gunting rambut.
  3. Tidak boleh memasak.

Maka dibiarkanlah kuku panjang menjadi tempat bergantungnya kuman dan rambut tidak terurus berserabai. Maka sentiasalah makan di kedai. Bila bercerai, mulalah meroyan salahkan itu salahkan ini semua dipersalahkan. Taqdir Allah perceraian berlaku muhasabahlah diri sendiri kenapa perlu menuding jari?


Sebenarnya, kita boleh potong kuku, gunting rambut sewaktu haidh. Semasa mandi bersih dari haidh, basuhlah kesemuanya dahulu bacalah doa niatlah mandi hadath seperti biasa. Boleh mengaji tetapi suara jangan kuat. Baca sahaja di dalam hati contohnya ayat kursi untuk tujuan keselamatan.

Ada juga yang salah faham tidak boleh mengaji tidak boleh berzikir. Maka kosonglah jiwa mudah dirasuk dan dihasut hasutan merosakkan pemikiran. Merugikan iman.


LARANGAN KETIKA HAIDH

Antara perkara yang dilarang tidak boleh ketika haidh adalah 

  1. Membawa, menanggung Al-Quran bukan tafsir. 
  2. Duduk di dalam masjid tempat ramai melaksanakan solat. Ditakuti berlaku bocor atau tumpah darah mengotorkan ruang solat.


Berkenaan menanggung mishaf, menurut AlKafi 188, menjawab soalan bolehkah wanita haidh boleh memegang Al-Quran secara berlapik, hukumnya haram. 


RINGKASAN JAWAPAN 

Wanita haid dilarang memegang mushaf al-Quran walaupun secara berlapik.


HURAIAN JAWAPAN :

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat.

Mereka yang mengalami hadas haid mahupun nifas haram memegang dan membawa mushaf berdasarkan dalil-dalil berikut:

Firman Allah SWT:

   (٧٩) فِي كِتَابٍ مَّكْنُونٍ (٧٨) لَّا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ 

Maksudnya : 

Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, (78) Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci (79)". Surah al-Waqiah (78-79)

Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar:

لا يمسُّ القرآنَ إلَّا طاهرٌ

Maksudnya : 

Tidak menyentuh Al-Quran melainkan orang yang suci”. Riwayat al-Tabarani

Seterusnya, maksud mushaf ialah nama bagi yang   tertulis padanya kalam Allah SWT antara dua kulit.[1]

Hukum  wanita memegang mushaf secara berlapik adalah haram berdasarkan pandangan fuqaha mazhab Syafi’i :

مَسُّ الْمُصْحَف   حَتَّى حَوَاشِيهِ وَمَا بَيْنَ سُطُورِهِ وَالْوَرَقِ الْبَيَاضِ بَيْنَهُ وَبَيْنَ جِلْدِهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ الْمُتَّصِلِ بِهِ، وَيَحْرُمُ الْمَسُّ وَلَوْ بِحَائِلٍ، وَلَوْ كَانَ ثَخِينًا

(Haram wanita haid memegang mushaf) walaupun pada tulisan nota kaki, antara garisannya, kertas putih diantaranya, jilid  awal dan akhir yang bersambung dengan mushaf. Haram juga menyentuh mushaf walaupun dengan lapik yang tebal “
[2]

Begitu juga, haram menyentuh mushaf secara berlapik dengan kain perca :

مراد بالمصحف : كل ما كتب لدراسة  قرآن ولو بعض آية مفهمة، ويحرم مس المصحف ولو بخرقة

Mushaf ialah sebarang perkataan yang ditulis untuk mempelajari al-Quran walaupun sebahagian ayat yang dapat difahami. Begitu juga diharamkan menyentuhnya walaupun berlapik pada perca kain. [3]

Kesimpulannya, mushaf Al-Quran merupakan kitab suci yang terpelihara, maka individu yang mengalami hadas dilarang membawa mahupun memegang   mushaf walaupun secara berlapik dengan kain.

 

 RUJUKAN

[1] A-Mausu’ah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyah J:38 p: 5

وَالْمُصْحَفُ فِي الاِصْطِلاَحِ: اسْمٌ لِلْمَكْتُوبِ فِيهِ كَلاَمُ اللَّهِ تَعَالَى بَيْنَ الدَّفَّتَيْنِ

[2] Al-Bujairimi, (1995), Hasyiyah al-Bujairimi ‘ala al-Khatib Dar al-Fikr J :1 P: 358

[3]  Al-Saqqaf, Abd Rahman bin Abdullah. (2017) Al-Ibanah wa Ifadah fi Ahkam al-Haid wa Nifas wa istihadah. Oman: Dar al-Nur al-Mubin. P: 44



AMALAN WANITA HAID DI BULAN RAMADHAN

Amalan ini dipetik dari Irsyad Al-fatwa khas Ramadhan siri ke 136 : AMALAN WANITA HAID DI BULAN RAMADHAN [SUMBER DIKONGSIKAN OLEH  pada 27 MEI 2019, DIAKSES OLEH SAYA NAMA PENA PUTERI NUR CAHAYA @ CIKGU IETA PADA 5 APRIL 2023 @ 10:41PM]

Irsyad Al-Fatwa, Amalan wanita haidh, amalan wanita solehah, Amalan di bulan Ramadhan, Ramadhan Al-Kareem, Amalan ketika uzur, period, uzur syat'ie
Portal Pejabat Mufti memang sumber utama rujukan saya selepas saya meletakkan jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan akibat sakit kronik slipped disc. SAKIT KRONIK SLIPPED DISC YA tiada kaitan dengan jin dan saka. 😪🙄


Saya melakukan sedikit carian apakah amalan yang boleh dilakukan oleh wanita haid di dalam bulan Ramadhan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan nyatakan dan cadangkan seperti berikut :


Pertama : Banyakkan Sedekah.

Seperti yang diketahui, amalan sedekah di dalam bulan Ramadhan mempunyai ganjaran yang amat besar di sisi Allah S.W.T. Dalam isu sedekah, tidak disyaratkan bagi seseorang itu akan suci dari sebarang hadas. Justeru, seseorang wanita meskipun berada dalam keadaan haid masih boleh mendapat ganjaran pahala bersedekah ini di dalam bulan Ramadhan dengan kadar yang termampu.


Kedua : Perbanyakkan Doa dan Zikir.

Bagi orang perempuan yang haid, mereka digalakkan untuk membaca doa-doa dan juga zikir-zikir semasa berada di dalam bulan Ramadhan. Antaranya adalah seperti yang dianjurkan dalam sebuah riwayat daripada A’isyah R. Anha beliau berkata:

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ وَافَقْتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ مَا أَدْعُو قَالَ تَقُولِينَ اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya : 

Wahai Rasulullah, apakah pandangan kamu sekiranya aku bertemu dengan lailatul qadar apakah yang patut aku berdoa? Maka kata Nabi S.A.W: ‘’Ucapkanlah: Ya Allah, sesungguhnya Kau maha Pengampun, dan Kau sukakan pengampunan, maka ampunkanlah aku’’.


Ketiga : Memberi Makan Kepada Orang Berbuka.

Boleh juga bagi orang yang dalam keadaan haid untuk memberikan makanan kepada mereka yang berbuka puasa. Hal ini antara perkara yang mendatangkan pahala yang besar kepada pelakunya. 

Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhani R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

Maksudnya : 

Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun". Riwayat Al-Tirmizi (807).


Bahkan kata Imam Izzuddin Al Izz bin Abd al-Salam dalam menjelaskan fadhilat memberi makan kepada orang yang berpuasa : 

Sesiapa yang memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa dalam sepanjang tahun, maka dia akan mendapat pahala berpuasa selama setahun’’. Rujuk Maqasid al-Saum, Izz Abd al-Salam (Hlm. 18).

Ini kerana, setiap kebaikan yang dilakukan oleh seseorang itu akan mendapat 10 ganjaran pahala seperti yang disebutkan dalam firman Allah S.W.T :

مَن جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا

Maksudnya: 

Sesiapa yang melakukan suatu kebaikan maka baginya sepuluh ganjaran pahala". Surah Al-An’aam (160)

Justeru apabila seseorang itu memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa maka dia akan mendapat ganjaran puasa sebanyak 36 kali. Kemudian pahala tersebut digandakan kepada 10 kali bagi setiap satu maka keseluruhannya dia akan mendapat 360 ganjaran dan ia merupakan jumlah hari dalam setahun mengikut kalendar hijrah.


Kesimpulan

Sebagai penutup, kami menyatakan bahawa meskipun terdapat beberapa ibadah yang tidak boleh dilakukan oleh perempuan yang dalam keadaan haid, ini sama sekali tidak menafikan peluang mereka untuk merebut dan meraih ganjaran yang besar di dalam bulan Ramadhan al-Mubarak. Bahkan terdapat banyak amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam keadaan haid seperti beberapa contoh yang telah kami sebutkan di atas. Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama dan AMALAN WANITA HAID DI BULAN RAMADHAN ini bermanfaat untuk kita semua

Saya tambah sedikit, tidaklah lagi kita hanya leka dengan jualan sepanjang Ramadhan dan perkara lagho di laman sosial media. Peringatan ini juga untuk saya.


一一一一一一一一一一

PUTERI NUR CAHAYA @ CIKGU IETA

  1. Nama pena, Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta
  2. Suri rumah sepenuh masa, Freelancer Lifestyle Blogger PENULIS berpengalaman Social Media Coach
  3. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Subjek teras, Khat dan Sirah. Meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan. 
  4. Mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selama 10 tahun. Subjek teras Tauhid, Jawi, Bahasa Arab dan Tajwid. Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015 dari Ketua Setiausaha Negara melalui Dato' Asyraf Wajdi Dusuki. Meletakkan jawatan akibat sakit kronik slipped disc L4 hingga L5.S
  5. Selepas itu  meneruskan personal, group coaching, seminar, kursus berkaitan blog dan bisnes melalui SocMed sehinggalah tahun 2021 meneruskan Personal Life Coaching
  6. 1/3/2022, atas saranan suami, berehat dari berniaga dan semua aktiviti sambilan isi masa lapang untuk fokus hantar, ambil anak-anak bersekolah dan suami bekerja sahaja.
  7. Anti scammerkumpulan guru silat bomoh ajaran sesat (sihir, syirik, khurafat), anti munafiq play victim pemesong akidah seumur hayat mereka berbohong (play victim) dan berhalusinasi merepek bukan-bukan tentang penulis di dalam kumpulan dan laman sosial tanpa pentaksub mereka menyedarinya. Alhamdulillah semuanya sudah saya blockHarap maklum. Terima kasih. 😊


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5
Lambat beta tahu mereka tu siapa dan leluhur tu adalah jin. 3/8/2021 beta dapat tahu dari emak saudara beta, datuk, nenek moyang beta Raja Bugis, Raja Arab Banjar keturunan Rasulullah SAW. 22/9/2023 dapat salasilah moyang Raja Majapahit, 23/9/2023 terjumpa rajah salasilah moyang Raja Majapahit.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz bomoh, mantan guru silat sesat berkhadam saka, mendakyah beta ajaran sesat. Sebab itu beta suka ulang beta darah Raja Bugis, Raja Arab Banjar, Raja Majapahit KETURUNAN Rasulullah SAW. Bahagia sudah tahu kenal diri sendiri.

WAJIB semua orang tahu, beta anti scammer, semua ajaran amalan sesat (sihir, syirik dan khurafat) iaitu ilmu karuuhun.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Jadi usah banggal...