Bukti saya pos pada 22/9/2015. Dah siap maklumkan kepada pelanggan pun. |
DIALOG PEKERJA KAUNTER POS MALAYSIA JALAN GURNEY KAUNTER 5 YANG BIADAP
Saya "Encik, saya nak pos Chocoletto ni kaca, 10 balang. Nak guna kotak mana ya?".
Pekerja Pos Malaysia "Kami tak bertanggungjawab kalau pecah!" dengan muka serius! Macam tak nak kerja je lagaknya tu.
Saya "Ya, tu saya tahu la, saya dah biasa pos".
Pekerja Pos Malaysia terus tinggikan suara, "Ha kalau tahu tunjuklah kat saya kotak yang mana satu?" Sambil menuding ke arah kotak yang berlambak di belakangnya. Kurang hajar betul!
Saya "Yang Encik ni nak membebel tak tentu arah pada saya, argue dan tinggi-tinggi suara ni kenapa?".
Pekerja Pos Malaysia masih membebel lagi. Kemudian dia berdiri dan meninggikan suara kepada saya "Bila masa saya tinggikan suara? Ha sekarang baru saya betul² tinggikan suara ni!".
Saya "Maksud saya, saya dah biasa pos produk saya ni. Kan ada fragile boleh tampal? Biasa orang post office yang suggest kotak mana boleh saya guna bukannya argue saya macam-macam".
Pekerja Pos Malaysia tu masih membebel lagi. Saya bengang dan sound "Dah, Stop! Stop! Jangan membebel lagi! Diam!". Peduli apa saya di hadapan orang ramai? Kalau dah biadap macam tu, memang la kena tengking dek saya.
Kemudian dia terdiam tetapi asyik tergelak-gelak. Kurang ajar dan seperti orang tak siuman pula saya lihat kelakuannya. Memang biadap. Ini kali ke 7 saya jumpa manusia sebegini biadapnya. Tapi saya tak pernah kongsikan dalam blog saya ni. Orang kalau dah salah memang tak mengaku salah. Besar kemungkinan, sebab sudah termalu dan tak mahu mengaku salah maka dia menengking saya.
Sebagai makluman, sebelum ini, sudah beberapa kali saya berurusan di tempat yang sama. Tiada masalah. Di pos laju Jelatek juga tiada masalah. Salute dengan staff pos laju Jelatek dan staff lain di Pos Malaysia Jalan Gurney kecuali dia ni. Baru pertama kali berurusan sudah berkelakuan biadap macam tu.
Ini minggu sebelumnya saya pos. Tapi yang ni di Pos Laju Jelatek. Tiada masalah pun... Walaupun saya meminta pandangan pekerja kaunter di situ, bersopan sahaja mereka. |
Dek sebab saya mengisi borang 3 produk yang nak saya poskan tu lama, orang lain telah berurusan di kaunter dia. Minta borang pun bukan mainlah susahnya dia nak berikan kepada saya. Jadi saya terus berurusan dengan pekerja di kaunter sebelah kanan dia bernama Shazila.
Dalam kereta, baru teringat nak bertanyakan nama pekerja Pos Malaysia tu. Tengok kaunternya penuh dengan barang, jadi saya tanya sahaja kepada staff yang berada di depan pintu masuk yang sedang berbual dengan seorang supplier baju dan helmet.
Saya “Maaf Encik, tumpang tanya ya, budak di kaunter 5 tu nama apa ya?".
"Na**riq" jawabnya.
Saya "Ok. Terima kasih Encik" sambil senyum. Dalam hati, "Siap kau! Biadap sangatkan...". Bukanlah saya nak mengaibkan dia ya. Saya ni pelupa, bila ada sesuatu perkara saya akan tulis terus ke dalam blog saya supaya mudah saya rujuk waktu membuat aduan nanti.
Aduan telah dibuat ke fanpage Pos Malaysia
|
Aduan ke 2, email kepada Pos Malaysia Care Centre |
Jawapan dari mesin Care Centre Pos Malaysia. Tunggu... :) |
alahai..biadapp2 ni apa yg dpt..stress kat diri sendiri je tu
ReplyDeleteSaya pun pernah terkena sis. Dorang tak hantar barang kat rumah, juz letak slip cakap saya tak de kat rumah. Pada hal dia langsung tak naik flat rumah saya. Letak slip kat peti je. Dah ar kat slip tulis salah tarikh. Bila saya gi sound kat pejabat penghantara. Boleh lak sengih2 cakap setiap org de wat silap. Ayah saya sound ar balik. Orang lain pun tension gak dengan keje. Tapi masih mampu nak layan baik2.. Sakit ati nya baca entry sis ni.. Jangan lupa buat aduan sis..
ReplyDeletehyeeee...Selamat Hari Raya Aidiladha !
ReplyDeletedpt juga lepas rindu nak blogwalking..sabar sis
eee saya pon pernah berhadapan dengan orang biadap macam tu,sakit hati sangat...memang biadap..memang patut akak buat aduan..bagi dia pengajaran sikit..
ReplyDeletememang angin satu badan kena camtu
ReplyDeletekak ieta dah ada nama staf tue kan? kak ieta wat je report. sebab fyna pun pernah kena macam tue juga. tapi fyna kena dgn servis utk delivery makanan. fyna minta id dan nama staf yg kurang ajar tue. bila fyna minta staf tue macam xnak bagi tapi fyna ugut je. sebab fyna tau panggilan tue direcord. fyna cakap xpelah. kalau xnak bg xpelah. sbb fyna boleh dapat dgn cara lain. baru nak say sory.
ReplyDeletekalau kita layan cara baik tapi dapat balasan kurang ajar, memang org tue dapat blk dengan cara kurang ajar kan. hehehe...
CF yang baca ni pon sakit hati pulak rasanya.
ReplyDeletemungkin budak tu stress tak dapat cuti raya kot. haha
setakat ni belum pernah lagi kena macam ni. kalau la terkena mmg angin jugak kat situ.
MassyaAllah,Beliau tak sayang kerja ke?orang lain semua nak dapatkan pekerjaan,bila dah dapat nak tak nak pula kan,macam tak ikhlas buat kerja,kita sokong akk buat laporang pada pihak atasan,staff yang begini boleh mencemarkan imej perkhidmata,dan beliau harus di kenakan tindakan atas perilakunya terhadap pelanggan,.
ReplyDeleteKalau my pn hangin gak. Die ni frontline pnye org patut tahu how to entertain customer. Bkn mcm ni caranye bile anda duduk di hdapan as customer svc.
ReplyDeletesabar kak.. manusia memang macam tu.
ReplyDeleteKesiannya... moga Allah berikan sifat sopan santun pada pekerja pos kaunter 5 tu, utk berurusan dgn org ramai...
ReplyDeletememang kurang ajar bahasanya..siap nak berlawan cakap lagi tu...memang patut pun kena report..
ReplyDeleteEee. Sakitnya hati ni baca. Pernah jg jmp org pos laju yg kurang adab ni. Rs nk cekik2. Haha
ReplyDeletetak profesional langsung kan kak..sabar yer kak.
ReplyDelete