Resepi Pizza gebu dan sedap

Resepi Pizza gebu dan sedap
Resepi, Resepi Pizza, Review, ACU TNC, Pizza, Resepi Pizza Gebu dan Sedap, Bagaimana Resepi Pizza gebu dan sedap ni berada pada saya, Bahan-bahan Pizza gebu dan sedap, Cara memasak Pizza gebu dan sedap, cara memasak pizza, cara masak pizza gebu, pizza gebu, pizza sedap
Bagaimana Resepi Pizza gebu dan sedap ni berada pada saya?
Ha... Meh saya nak story bagaimana resepi Pizza gebu dan sedap dari Pn. Salmiah pemilik Kedai ACU TNC yang menjual Produk Kesihatan, Kecantikan, juga membuat Rawatan Akupunktur, Bekam dan lain² lagi berada pada saya?

Dari whatsapp bertanyakan hal-ehwal kerja dan anak-anak, kami berkongsi pelbagai resepi. Kalau anda nak tahu, selain mahir melakukan facial dan bekam, Pn. Salmiah juga mahir memasak pelbagai jenis kek, roti dan pizza juga macam-macam lagi masakan tau. Dengan izin beliau, saya kongsikan kepada anda. Mesti suka kan? Tak mau banyak cerita, jom kita baca apa bahan dan bagaimana nak buat Pizza gebu dan sedap ni. Seperti biasa, saya akan tambahkan bahan sesuka hati saya. Hehe...

Bahan-bahan Pizza gebu dan sedap :
  1. 2 sudu teh mauripan.
  2. 1 sudu teh gula. 
  3. Air suam.
  4. 4cawan tepung gandum.
  5. Sedikit garam.
  6. Suku cawan minyak jagung.
  7. Sosej hiris sesuka hati.
  8. Mayonis.
  9. Kepingan Cheeze.
  10. Cili Benggala.
  11. Bawang hiris atau potong labu.

Cara memasak Pizza gebu dan sedap :
  1. 2 sudu teh mauripan dicampurkan dengan 1 sudu teh gula.
  2. Kemudian campurkan dengan air suam, biarkan sampai berbuih.
  3. Dalam mangkuk lain, letakkan 4 cawan tepung gandum dan sedikit garam.
  4. Setelah sebati, masukkan suku cawan minyak jagung.
  5. Campur dengan mauripan yang sudah berbuih tu. 
  6. Sesudah tu, uli jer tepung tu... 
  7. Akhir sekali, biarkan doh tu naik 2 kali ganda dari asal dalam 30 ke 40 minit.
  8. Taburkan kepingan hirisan sosej dan bawang.
  9. Letakkan kepingan Cheeze ke atas doh.
  10. Tebarkan mayonis di sekeliling atas pizza.
  11. Masukkan dalam ketuhar selama 30 minit. Keluarkan dan boleh hidang panas. Nyum³...
Resepi pizza, Cara memasak Pizza, gebu dan sedap, pizza gebu, pizza sedap
Nyum²... Nampak tak bahan² nya yang mewah tu? Haish. Kecur air liur wa cakap lu... hehe...
Selamat mencuba Resepi Pizza Gebu dan Sedap ni untuk keluarga anda ya... :)

5 comments:

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz rupanya bomoh, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka, mendakyah beta ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

IMPLIKASI AJARAN SESAT : SIHIR, PUKAU, FITNAH MANIPULASI PERBUALAN JENAYAH CYBERBULLY

IMPLIKASI AJARAN SESAT : SIHIR, PUKAU, FITNAH MANIPULASI PERBUALAN JENAYAH CYBERBULLY Akibat dan sebab ajaran sesat diharamkan. Akibat tidak...