Kenapa permainan Pokemon tidak dibenarkan bagi umat Islam?

Kenapa permainan Pokemon tidak dibenarkan bagi umat Islam?
Permainan Telefon Pintar Pokemon Go, Permainan Pokemon Go dan Pokemon adalah tidak dibenarkan bagi umat Islam, pokemon, Fatwa Mufti Wilayah Persekutuan, KENYATAAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN, Fatwa dan hukum, ISU SEMASA, KEPUTUSAN JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN, permainan Pokemon Go dan Pokemon adalah tidak dibenarkan bagi umat Islam, Sebab utama tidak dibenarkan bermain aplikasi permainan Pokemon dan Pokemon Go, Cikgu, 9 sebab kenapa permainan Pokemon Go haram. Cikgu, hukum bermain Pokemon sebagai haram, Tutup pintu kerosakan, hukum bermain Pokemon sebagai haram, hukum bermain Pokemon, hukum bermain Pokemon Go, Hukum bermain Pokemon dan kesannya, Mari budayakan permainan Sunnah, game, aplikasi telefon pintar
Antara aplikasi permainan Pokemon yang mudah dimuatnaik melalui telefon pintar saya dan anda semua. Sumber, Pakcik Google :D

Assalamu'alaikum.

Memandangkan saya seorang Penjawat Awam, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang berkait rapat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, maka saya juga rasa bertanggungjawab menyebarkan apa sahaja perkara berkaitan isu-semasa dan hukum juga Fatwa yang dinyatakan oleh Majlis Fatwa Mufti Wilayah Persekutuan lebih-lebih lagi perkara berkaitan akidah. Sementelahan pula, murid-murid saya ramai yang menjadikan blog saya sebagai rujukan. Artikel ini bermanfaat buat mereka.

Saya kira ini lebih baik dari menyebarkan gosip atau fitnah, gambar mendedahkan aurat dan perkara berkaitan mahupun mengumpat beramai-ramai melalui Blog saya ini. Saya tidak mahu menanggung saham dosa sedangkan dosa-dosa saya juga sudah bertimbun.

Mari sama-sama kita baca dengan minda terbuka isu aplikasi di gajet telefon pintar yang amat popular sekarang ini yang saya bahagikan kepada beberapa tajuk kecil. Saya hanya kongsikan apa yang Dato Mufti fatwakan. Pendapat saya hanya sedikit sahaja saya utarakan. Andalah yang membuat pilihan. Moga bermanfaat :)

APAKAH APLIKASI POKEMON GO  DAN BAGAIMANA IANYA BERKEMBANG? (Sumber : Laman Web Mufti Wilayah Persekutuan).

- Pokémon GoTM ialah applikasi permainan telefon mudah alih yang menggunakan teknologi augmented reality (realiti berperantara) dan location-based (perisian berasaskan lokasi).

- Permainan ini dibangunkan oleh Syarikat Niantic Inc. dengan kerjasama Syarikat Pokemon Antarabangsa dan Nintendo Co. Ltd dan boleh dimuat turun melalui peranti mudah alih yang menggunakan Android dan IOS.

- Bermula 6 Julai 2016, permainan ini telah dilancarkan di sebahagian benua seluruh dunia seperti Australia, New Zealand, Amerika Syarikat,  German, United Kingdom, Itali, Sepanyol, Portugis, Austria, Belgium, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Greek, Greenland, Hungary, Iceland, Ireland, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Netherlands, Norway, Poland, Romania, Slovakia, Slovenia, Sweden, Switzerland,  Canada, dan Puerto Rico.

- Di rantau Asia, hanya di Jepun dan Indonesia sahaja, para pengguna telefon mudah alih boleh bermain Pokemon Go, manakala negara-negara Asia lain seperti Malaysia, Thailand, Filipina, permainan ini masih belum dilancarkan secara rasmi. Pun begitu, di China, contohnya, para pemain masih bermain dengan memuat turun aplikasi yang tidak rasmi dan menggunakan aplikasi GPS Spoofing, yang memanipulasi perisian GPS untuk menggunakan peta negara lain yang sudah dilancarkan peta Pokemon Go.


TATACARA PERMAINAN POKEMON GO (Sumber : Laman Web Mufti Wilayah Persekutuan).

Hasil kajian, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan telah menyenaraikan beberapa bentuk cara permainan Pokemon GO iaitu :
- Hanya perlu aktifkan GPS di telefon pintar, aplikasi akan kesan Pokemon di sekeliling kedudukan pemain, beri notifikasi di skrin.

- Aplikasi ini membuat pemainnya perlu bergerak dan berjalan merata tempat untuk memburu serta menangkap watak raksasa maya pada skrin telefon pintar.

- Permainan ini boleh dimain secara Single player (seorang pemain) atau Multiplayer (ramai pemain).

- Pemain boleh melagakan Pokemon yang ditangkap untuk dilatih bersama para pemain lain.

- Pemain boleh meninggalkan Pokemon yang ditangkap di Gym yang ditawan untuk menjaga kawasan jajahan daripada pemain dan kumpulan lain.

Nampak tidak bagaimana aplikasi permainan ini menjelajah kawasan kedudukan anda?

KENYATAAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN.

Integriti Data peribadi dan kesihatan Pemain, selamatkah Pokemon Go?
Sumber : Laman Web Mufti Wilayah Persekutuan.

Berikut adalah kenyataan dan Fatwa Sahibul Samahah Mufti Wilayah Persekutuan mengenai Permainan di Telefon Pintar, Pokemon Go.

KEPUTUSAN JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN.
Pada 1 Ogos 2016 bersamaan 27 Syawal 1437H, mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah berbincang dan memutuskan bahawa permainan Pokemon Go dan Pokemon adalah tidak dibenarkan bagi umat Islam berdasarkan nas dan juga faktor maslahah dan kemudaratan yang berlaku. Justeru, diharap agar masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan tidak terlibat dalam aplikasi permainan tersebut.  

SEBAB UTAMA TIDAK DIBENARKAN BERMAIN PERMAINAN POKEMON DAN POKEMON GO. 
Setelah meneliti pendapat para ulama dan fatwa yang dikeluarkan, kami berpendapat fatwa yang dikemukakan ada asasnya dan perlu dijauhkan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat.

Atas dasar ini, maka benarlah sabda Rasulullah SAW :

لَا ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ
Maksudnya :
Janganlah seseorang itu melakukan kemudaratan dan mengenakan kemudaratan itu kepada orang lain. (Hadis riwayat Ahmad).

HUKUM BERMAIN POKEMON ATAU POKEMON GO DAN KESANNYA.
Di samping itu, mengiyakan kuasa dan dewa tertentu yang mempunyai kuasa, dan ditambah boleh membawa kepada perjudian, maka kami berpendapat bahawa hujah yang dikemukakan tentang hukum bermain Pokemon sebagai haram, mempunyai asas yang kuat. Manakala Pokemon Go pula, berdasarkan kes-kes yang sudah berlaku, membawa kepada :

⭕Bahaya dari segi pengintipan pihak luar
⭕Pencerobohan ruang peribadi.
⭕Faktor keselamatan seperti kemalangan.
⭕Kelalaian.
⭕Ketagihan melampau terhadap gajet.
⭕Kehilangan fokus terhadap realiti sekeliling.
⭕Gangguan emosi seperti mudah marah akibat kekalahan.
⭕Membawa kepada akhlak yang buruk.
⭕Ancaman kepada pekerjaan dan pelajaran.

TUTUP PINTU KEROSAKAN.
Ini selari dengan kaedah Sadd al-Dzari’ah (menutup pintu-pintu menuju kerosakan). Kami syorkan pilihlah bentuk permainan yang mencergaskan minda, tidak melalaikan, dan juga tiada unsur khurafat yang mengarut.

Semoga dengan pencerahan ini, kita diberi kefahaman yang baik dan jelas berkenaan dengan kehidupan ini agar selari dengan neraca Syarak.

Ingatlah kita diciptakan bukan sia-sia tetapi ada asas tujuan da matlamatnya iaitu hamba Allah dan pemegang amanah-Nya di bumi ini sebagai khalifah Allah.

Firman Allah SWT :

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ

Maksudnya : 
Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" Surah al-Mukminun, 23:115

Kami akhiri dengan berdoa:

اللَّهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقًّا وَارزُقنَا اتِّبَاعَهُ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارزُقنَا اجتِنَابَهُ

Maksudnya :
Ya Allah! Tunjukkanlah kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan rezekikanlah kami jalan untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kami jalan untuk menjauhinya.
Akhukum fillah,
Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan (5 Ogos 2016 M bersamaan 2 Zulkaedah 1437 H).

FATWA-FATWA BERKENAAN POKEMON DAN POKEMON GO (Sumber : Laman Web Mufti Wilayah Persekutuan : Integriti data peribadi dan kesihatan pemain, selamatkah Pokemon Go?)

Pertama: Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi
Pada tahun 2001, Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa mengharamkan animasi dan permainan Pokemon. Alasan yang beliau nyatakan ialah demi menjaga aqal, akidah dan tingkah laku kanak-kanak, dan juga harta mereka daripada pembaziran, selain mengkritik tindakan ibu bapa yang meredai tindakan anak-anak mereka dalam isu ini. Beliau juga menyatakan bahawa fatwa beliau itu dikeluarkan apabila ramai ibu bapa yang prihatin tentang perkembangan anak-anak mereka mengikut Islam, bertanya beliau tentang hal ini dan sebelum mengeluarkan fatwa, beliau sudah merujuk ramai pakar dan pemikir termasuk penggiat seni budaya dan perfileman. Beliau menunjukkan beberapa sebab bagi beliau sebagai alasan siri animasi dan permainan ini patut diharamkan:
  • Terdapat risiko bahaya ke atas akidah seseorang Muslim kerana Pokemon terbina di atas teori Darwin yang terkenal dengan idea evolusi, perkembangan dan perubahan organisma mengikut persekitaran dan zaman.
  • Memberikan bahaya kepada aqal kanak-kanak kerana ia dibina atas khayalan yang tidak dibina atas dasar aqal dan naqli.
  • Pokemon mengandungi bahaya dalam membentuk peribadi tingkah laku kanak-kanak dan hubungan dengan sekeliling kerana ia bersifat perlawanan dan promosi bahawa hanya yang kuat sahaja yang akan kekal.
  • Ia membawa kepada pertembungan dan sifat yang keras serta kasar seperti peperangan sentiasa berlangsung.
  • Boleh membawa kepada perjudian jika ada unsurnya.
  • Begitu juga terdapat beberapa gambar rajah dan symbol seperti bintang enam yang mempunyai hubungan dengan Freemason dan Zionis.
Kedua:  Majlis Ulama Tertinggi Arab Saudi
Majlis Ulama Tertinggi (Hai’ah Kibar Ulama) Arab Saudi juga mengemukakan fatwa bahawa permainan Pokemon tidak Islamik tetapi tidak menyebut aplikasi mudah alih Pokemon GO. Antara alasan Majlis itu ialah watak-watak raksasa dalam animasi dan permainan itu memliki kuasa tertentu, membawa kepada kekufuran kerana mengikut teori evolusi semulajadi. Begitu juga ia mengandungi elemen polytheism yang menggandakan jumlah dewa-dewa dan seterusnya mampu membawa kepada perjudian.
Ketiga : Universiti al-Azhar
Wakil Syeikhul Azhar Universiti al-Azhar, Syeikh Prof. Dr. Abbas Syuman telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak menggalakkan remaja Muslim bermain Pokemon Go kerana membawa kepada ketagihan. Beliau juga membanding kesan negatif daripada permainan itu dengan tingkah laku orang yang mabuk kerana minum arak. Syeikh Abbas kemudian dalam akaun Facebook rasminya memberitahu bahawa beliau tidak pernah mengharamkan aplikasi mudah alih itu tetapi hanya menekankan kesan buruk ketagihan dan juga risiko pemain terdedah kepada bahaya dan kemalangan sewaktu menangkap Pokemon.
PENDAPAT SAYA SEBAGAI SEORANG BLOGGER BLOG KISAH CIKGU ieta.
Saya pasti ada yang tidak bersetuju dengan pendapat saya. Tetapi jangan pula tidak bersetuju dengan Fatwa Mufti Wilayah Persekutuan ni ya... Kerana selepas kewafatan Junjungan mulia yang dirindui, Nabi Muhammad S.A.W, Qias dan Ijmak Ulamak yang disepakati menjadi panduan kita Umat Islam. Harus diingat juga, Dakwah (menyampaikan) adalah tanggungjawab Muslim selagi hidup walaupun kita bukan Ustaz dan Ustazah.

POKEMON GO APLIKASI PERMAINAN YANG MERBAHAYA!
Masya Allah... Teramat buruk pengaruh dan kesan aplikasi permainan yang menular bagai wabak merbahaya ini. Selain melalaikan, permainan Pokemon atau Pokemon Go ini juga menghina Islam, mebahaya bagi akidah dan mengancam keselamatan individu juga negara. Maka wajarlah jika Majlis Fatwa melarang, ramai bersetuju dan ramai yang meminta permainan Pokemon Go ini diharamkan.
Malang bila saya dengar di kalangan cerdik pandai, ada juga membangkang fatwa Mufti ini.

Lebih-lebih malang lagi bila yang bukan pakar mengeluarkan bicara...

Maka ramailah tukang soraknya bergembira. Maka ramailah yang mengeluarkan bicaranya pula. Mengikut akal dan nafsu semata-mata.

Lebih malang sangat malang lagi...

Bila ramai pula bergaduh di dalam bicara kita.

Mengeluarkan kata-kata tanpa Dalil Al-Quran, ibarat si buta menunjuk jalan. Hanya manusia jahil tidak berpaksikan agama akan mengikutinya tanpa berfikir akan natijahnya.

Usah membuat kenyataan semata-mata untuk meraih likers dan followers semata-mata tanpa dalil dan nas mengikut fatwa. Takut-takut nanti, kita yang terjun ke lembah yang hina disebabkan kita mempertikaikan hukum dan fatwa.

Ya memang benar... Banyak lagi perkara lain nak difikirkan. Habis tu, mengajak oranglain beramai-ramai memikirkan? Itu bagaimana pula? Bukankah sama sahaja?

Jika suka, maka bantah apa kata hukum dan fatwa. Biarpun hanya berpaksikan logik akal semata.

What the funny...

Maka berhati-hatilah bila mengeluarkan kata-kata.

Buat ibu bapa,  agar anak-anak tidak leka dan lalai, yang mana ada game ni, buanglah. Demi masa depan mereka. Bukan game Pokemon Go ini sahaja. Banyak lagi yang melalaikan sebenarnya... Ini cuma salah 1 sahaja.
Ingat ya, firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 120 pada ayat yang awalnya yang bermaksud "Tidak akan redha kepada engkau orang-orang Yahudi dan Nasrani sehingga kau mengikuti tata cara kehidupan mereka".
Berhati-hati bila mengkritik dan menghina. Kadangkala terlebih mengkritik dan menghina dan ada yang dianggap sebagai gurauan juga menyebabkan tergadainya akidah. Bab akidah jangan main²...
AKHIR KALAM, MARI SEMARAKKAN PERMAINAN SUNNAH.
Pembaca dan rakan-rakan budiman, alangkah lebih baik bukan, daripada kita melayan permainan seperti Pokemon, Pokemon Go dan lain-lain lagi aplikasi permainan yang melalaikan malah boleh menjurus kepada keruntuhan akidah Islam kita, eloklah sama-sama kita mengajak anak-anak juga rakan kita bermain permainan sunnah seperti menunggang kuda atau pun memanah atau permainan Sahiba yang lebih menajamkan akal dan minda, juga mencerdaskan jasmani mahupun rohani kita sebagai seorang Muslim. Diharap artikel ini menjawab persoalan yang diajukan kepada saya, Kenapa permainan Pokemon tidak dibenarkan bagi umat Islam? Silakan kongsi artikel ini untuk panduan ramai.

Sumber :
Laman Web Mufti Wilayah Persekutuan : Integriti data peribadi dan kesihatan pemain, selamatkah Pokemon Go?

Artikel berkaitan :


3 comments:

  1. Setuju dengan pendidikan cikgu 👍

    ReplyDelete
  2. Ada bagusnya juga diharamkan..dah banyak sangat aplikasi game yabg melalaikan umat Islam sekarang ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5
Lambat beta tahu mereka tu siapa dan leluhur tu adalah jin. 3/8/2021 beta dapat tahu dari emak saudara beta, datuk, nenek moyang beta Raja Bugis, Raja Arab Banjar keturunan Rasulullah SAW. 22/9/2023 dapat salasilah moyang Raja Majapahit, 23/9/2023 terjumpa rajah salasilah moyang Raja Majapahit.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz bomoh, mantan guru silat sesat berkhadam saka, mendakyah beta ajaran sesat. Sebab itu beta suka ulang beta darah Raja Bugis, Raja Arab Banjar, Raja Majapahit KETURUNAN Rasulullah SAW. Bahagia sudah tahu kenal diri sendiri.

WAJIB semua orang tahu, beta anti scammer, semua ajaran amalan sesat (sihir, syirik dan khurafat) iaitu ilmu karuuhun.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Jadi usah banggal...