Antara aplikasi permainan Pokemon yang mudah dimuatnaik melalui telefon pintar saya dan anda semua. Sumber, Pakcik Google :D |
Saya kira ini lebih baik dari menyebarkan gosip atau fitnah, gambar mendedahkan aurat dan perkara berkaitan mahupun mengumpat beramai-ramai melalui Blog saya ini. Saya tidak mahu menanggung saham dosa sedangkan dosa-dosa saya juga sudah bertimbun.
Mari sama-sama kita baca dengan minda terbuka isu aplikasi di gajet telefon pintar yang amat popular sekarang ini yang saya bahagikan kepada beberapa tajuk kecil. Saya hanya kongsikan apa yang Dato Mufti fatwakan. Pendapat saya hanya sedikit sahaja saya utarakan. Andalah yang membuat pilihan. Moga bermanfaat :)
APAKAH APLIKASI POKEMON GO DAN BAGAIMANA IANYA BERKEMBANG? (Sumber : Laman Web Mufti Wilayah Persekutuan).
- Pokémon GoTM ialah applikasi permainan telefon mudah alih yang menggunakan teknologi augmented reality (realiti berperantara) dan location-based (perisian berasaskan lokasi).
- Permainan ini dibangunkan oleh Syarikat Niantic Inc. dengan kerjasama Syarikat Pokemon Antarabangsa dan Nintendo Co. Ltd dan boleh dimuat turun melalui peranti mudah alih yang menggunakan Android dan IOS.
- Bermula 6 Julai 2016, permainan ini telah dilancarkan di sebahagian benua seluruh dunia seperti Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, German, United Kingdom, Itali, Sepanyol, Portugis, Austria, Belgium, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Greek, Greenland, Hungary, Iceland, Ireland, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Netherlands, Norway, Poland, Romania, Slovakia, Slovenia, Sweden, Switzerland, Canada, dan Puerto Rico.
- Di rantau Asia, hanya di Jepun dan Indonesia sahaja, para pengguna telefon mudah alih boleh bermain Pokemon Go, manakala negara-negara Asia lain seperti Malaysia, Thailand, Filipina, permainan ini masih belum dilancarkan secara rasmi. Pun begitu, di China, contohnya, para pemain masih bermain dengan memuat turun aplikasi yang tidak rasmi dan menggunakan aplikasi GPS Spoofing, yang memanipulasi perisian GPS untuk menggunakan peta negara lain yang sudah dilancarkan peta Pokemon Go.
TATACARA PERMAINAN POKEMON GO (Sumber : Laman Web Mufti Wilayah Persekutuan).
Hasil kajian, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan telah menyenaraikan beberapa bentuk cara permainan Pokemon GO iaitu :
- Hanya perlu aktifkan GPS di telefon pintar, aplikasi akan kesan Pokemon di sekeliling kedudukan pemain, beri notifikasi di skrin.
- Aplikasi ini membuat pemainnya perlu bergerak dan berjalan merata tempat untuk memburu serta menangkap watak raksasa maya pada skrin telefon pintar.
- Permainan ini boleh dimain secara Single player (seorang pemain) atau Multiplayer (ramai pemain).
- Pemain boleh melagakan Pokemon yang ditangkap untuk dilatih bersama para pemain lain.
- Pemain boleh meninggalkan Pokemon yang ditangkap di Gym yang ditawan untuk menjaga kawasan jajahan daripada pemain dan kumpulan lain.
Nampak tidak bagaimana aplikasi permainan ini menjelajah kawasan kedudukan anda?
KENYATAAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN.
Sumber : Laman Web Mufti Wilayah Persekutuan. |
Janganlah seseorang itu melakukan kemudaratan dan mengenakan kemudaratan itu kepada orang lain. (Hadis riwayat Ahmad).
Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" Surah al-Mukminun, 23:115
Ya Allah! Tunjukkanlah kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan rezekikanlah kami jalan untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kami jalan untuk menjauhinya.
- Terdapat risiko bahaya ke atas akidah seseorang Muslim kerana Pokemon terbina di atas teori Darwin yang terkenal dengan idea evolusi, perkembangan dan perubahan organisma mengikut persekitaran dan zaman.
- Memberikan bahaya kepada aqal kanak-kanak kerana ia dibina atas khayalan yang tidak dibina atas dasar aqal dan naqli.
- Pokemon mengandungi bahaya dalam membentuk peribadi tingkah laku kanak-kanak dan hubungan dengan sekeliling kerana ia bersifat perlawanan dan promosi bahawa hanya yang kuat sahaja yang akan kekal.
- Ia membawa kepada pertembungan dan sifat yang keras serta kasar seperti peperangan sentiasa berlangsung.
- Boleh membawa kepada perjudian jika ada unsurnya.
- Begitu juga terdapat beberapa gambar rajah dan symbol seperti bintang enam yang mempunyai hubungan dengan Freemason dan Zionis.
Lebih-lebih malang lagi bila yang bukan pakar mengeluarkan bicara...
Maka ramailah tukang soraknya bergembira. Maka ramailah yang mengeluarkan bicaranya pula. Mengikut akal dan nafsu semata-mata.
Lebih malang sangat malang lagi...
Bila ramai pula bergaduh di dalam bicara kita.
Mengeluarkan kata-kata tanpa Dalil Al-Quran, ibarat si buta menunjuk jalan. Hanya manusia jahil tidak berpaksikan agama akan mengikutinya tanpa berfikir akan natijahnya.
Usah membuat kenyataan semata-mata untuk meraih likers dan followers semata-mata tanpa dalil dan nas mengikut fatwa. Takut-takut nanti, kita yang terjun ke lembah yang hina disebabkan kita mempertikaikan hukum dan fatwa.
Ya memang benar... Banyak lagi perkara lain nak difikirkan. Habis tu, mengajak oranglain beramai-ramai memikirkan? Itu bagaimana pula? Bukankah sama sahaja?
Jika suka, maka bantah apa kata hukum dan fatwa. Biarpun hanya berpaksikan logik akal semata.
What the funny...
Maka berhati-hatilah bila mengeluarkan kata-kata.
Buat ibu bapa, agar anak-anak tidak leka dan lalai, yang mana ada game ni, buanglah. Demi masa depan mereka. Bukan game Pokemon Go ini sahaja. Banyak lagi yang melalaikan sebenarnya... Ini cuma salah 1 sahaja.
Ingat ya, firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 120 pada ayat yang awalnya yang bermaksud "Tidak akan redha kepada engkau orang-orang Yahudi dan Nasrani sehingga kau mengikuti tata cara kehidupan mereka".
Berhati-hati bila mengkritik dan menghina. Kadangkala terlebih mengkritik dan menghina dan ada yang dianggap sebagai gurauan juga menyebabkan tergadainya akidah. Bab akidah jangan main²... |
Pembaca dan rakan-rakan budiman, alangkah lebih baik bukan, daripada kita melayan permainan seperti Pokemon, Pokemon Go dan lain-lain lagi aplikasi permainan yang melalaikan malah boleh menjurus kepada keruntuhan akidah Islam kita, eloklah sama-sama kita mengajak anak-anak juga rakan kita bermain permainan sunnah seperti menunggang kuda atau pun memanah atau permainan Sahiba yang lebih menajamkan akal dan minda, juga mencerdaskan jasmani mahupun rohani kita sebagai seorang Muslim. Diharap artikel ini menjawab persoalan yang diajukan kepada saya, Kenapa permainan Pokemon tidak dibenarkan bagi umat Islam? Silakan kongsi artikel ini untuk panduan ramai.
Laman Web Mufti Wilayah Persekutuan : Integriti data peribadi dan kesihatan pemain, selamatkah Pokemon Go?
Setuju dengan pendidikan cikgu 👍
ReplyDeleteAda bagusnya juga diharamkan..dah banyak sangat aplikasi game yabg melalaikan umat Islam sekarang ni
ReplyDeleteMelalaikan je game ni
ReplyDelete