APA KITA PERLU BUAT BILA MASIH ADA AYAH DAN IBU?
Setiap hari balik dari ambil anak-anak dari Taska, anak saya yang ke 5 mesti masukkan CD 'BILA ADA AYAH DAN IBU' ke ruangan CD dalam kereta dan biarkan berulang-kali didengar oleh kami suami isteri. Dia marah jika dipasang siaran radio yang lain
Petang tadi, saya dengar lagi dan lagi dan lagi. Satu yang saya terkesan tadi dan masih terngiang-ngiang di telinga saya, kata Ustaz Kazim...
3 orang yang tak akan masuk syurga iaitu :
1) Anak yang derhaka kepada ibu-bapanya.
2) Mereka yang meminum arak.
3) Mereka yang memutuskan silaturrahim.
Saya tak nak sentuh yang lain. 1 sahaja yang saya nak kongsi, Ustaz Kazim kata...
Derhaka itu bagaimana?
Seorang anak dikira sebagai derhaka jika ada rasa benci, ada rasa marah, ada keinginan ibu dan ayah segera mati, berjahat sangka kepada ibu bapa, mengecilkan pandangan mata, menjeling, menengking, mengherdik, menyepak, menerajang ibu bapa apatah lagi, menghambakan ibu bapa.
Anak juga dikira derhaka jika melebihkan kehendak suami atau isteri melebihi kehendak ibu dan ayah.
Bersegeralah mohon keampunan.
Maka jika anda masih ada lagi ibu-bapa, gembirakanlah hati kedua mereka. Bawalah ke mana dikehendaki mereka. Hiburkanlah hati mereka. Bersegeralah meminta ampun andai pernah mengguris hati dan perasaan mereka dan berbaktilah sepuasnya.
Jangan esok emak atau ayah dah koma tak boleh berkata-kata baru nak minta ampun. Masa tu, tak berguna dah! Menangislah air mata darah sekali pun.
Hargailah ibu dan bapa kita selagi mereka bernyawa.... Ayah dan ibu itulah permata berharga untuk kita, tiada penggantinya.
Bagaimana jika ibu dan ayah telah tiada?
Andai ibu atau ayah sudah meninggal, buatlah apa sahaja perkara kebaikan. Niatkanlah pahalanya untuk kedua ibu bapa. Bacakanlah ayat Al-Quran untuk mereka dan doakanlah mereka damai di sana.
Kesimpulannya :
Tanggungjawab kita buat apa yang kita perlu buat jika masih ada ayah dan ibu kita. Sudahkah anda menghubungi ibu bapa anda? Dalam kesibukan kita mengejar dunia, mencari rezeki... Masihkah kedua ibu bapa kita, kita hargai? Sudahkah anda menggembirakan hati kedua mereka? Jika belum, bersegeralah!
Ucapan Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan CD Bila ada ayah dan ibu. CD ini amat berharga buat saya. Silakan share untuk manfaat bersama.
ARTIKEL BERKAITAN :
Huhu.. tak sabar nak balik kg.. sedang menghitung hari jr ni..
ReplyDeleteSila cepat balik Cikgu Maria huhu
DeleteSelagi mereka masih ada, bahagiakanlah mereka.
ReplyDeleteHidup kita sentiasa diberkati dengan restu daripada ibu bapa.
Amat benar tu Tuan. Terima kasih sudi berkunjung.
Deletealhamdulillah masih punya kedua ibu bapa. hai cg ieta komen blog kita laa. bukan calang2 org nii cg ieta
ReplyDeleteAlhamdulillah... bila ada kelapangan Cikgu singgah dan komen. Kebetulan search apa entah hari rltu. Artikel Cik Aswaleyla yang ada di 1st page. Terusla komen hehe BTW, Thanks tau sudi membalas kunjungan. Cik Aswaleyla memang blogger hebat. Hehe
Deletesemoga dipermudahkan urusan kita dalam berbakti kepada dua orang insan yang tiada gantinya
ReplyDeleteAamiin... Ya Robbal 'Alamiin... Moga dipermudahkan olehNYA.
DeleteAlhamdulillah mak ayah masih ada. Masa yang ada haruslah digunakan sebaik mungkin untuk berbakti kepada mereka..
ReplyDeleteAlhamdulillah. 😍
DeleteTazabarnya nk blk kg 😢😢😢
ReplyDeleteJom balik. 😍
Delete