Bodoh ke tak mohon BR1M?
|
Maksud BR1M (Gambar ihsan pakcik google). |
Cerita tentang BR1M. Pernah gak sebenarnya nak mohon BR1M sebab kawan cakap, "Apalah ko ni bodohnya... Ko tipu la ko tak kerja. Laki ko je kerja. Duit tu kan memang hak kita. Hak Rakyat".
Lalu ku ceritalah pada suami, tapi suami sound,
Jangan nak bagi malu abang! Tu untuk orang yg betul² susah tau tak? 1 hari LHDN datang siasat baru menyesal tak guna... Ayang tu kerja, abang pun kerja. Campur gaji kita berdua, cukuplah untuk anak² kita sekeluarga. Org lain tu nak minta biarkan diorang. Mungkin diorang betul² memerlukan.
Memangla duit tu hak kita tapi kalau nak ikut macam cara orang, isi guna nama suami/isteri menipu kata tak kerja buat apa? Kan duit tu nanti jadi darah daging. Nak ke bagi makan minum pakai anak² sekeluarga hasil dari duit haram?".
Benar kata suamiku tu. Sejak tu, sorrylah kalau kawan cakap lagi ku bodoh tak mohon BR1M, memang ku smash macam tu je lah. Ko nak buat, ko punya hal. Aku, takmo jadi penipu mcm ko.
|
Lain kali, sebutlah "Pandalah ko ni tak mohon BR1M..." Takde lah ku menyirap telinga dan hati dengar... Kan...? |
Begitulah sebab kenapa saya tak mohon BR1M... Panjang ceritanya seperti tertulis di ataslah. Pendek dan mudah ceritanya, suami tak izin. Jadi dengan sopannya, saya akan senyum sahaja kepada yang bertanya "Kenapa tak mohon BR1M?" dan supaya tak jadi gaduh, cakap je lah "Suami tak izin". Orang tu pasti senyap.
Jadi bodoh ke tak mohon BR1M? Bijaklah kan tak mohon BR1M sebab tak nak jadi penipu. Ha, anda bagaimana, bodoh ke tak mohon BR1M?
Ada benarnya kata-kata suami akk tu kan,efa setuju kak hehe,.
ReplyDeleteSuami biasa mendidik isteri. Begitulah kaedahnya Eyfa. Hehe
Deletehahah..yg tu mmg bodoh...mcm org tmpt KG la...laki bini isi borang BR1M kata dah cerai..ha bila dua2 dapat kecoh sekampung...
ReplyDeleteKan Cik Gojes? Tak elok menipu :)
Delete