Macam-macam gambar tentang kawan lama ada di google. |
Saya adalah seorang Pembantu Pentadbiran merangkap Personal Assistant majikan saya di sebuah syarikat Swasta untuk branch Raja Prepaid yang saya seliakan. Jawatan saya ini menyebabkan saya perlu selalu mencari pelanggan syarikat melalui laman maya Internet.
Mengenali seorang ahli perniagaan.
Melalui Yahoo Messenger, saya mengenali Mr. T (bukan nama sebenar) seorang ahli perniagaan dan bekas NAVY. Beliau juga pernah bertanding sebagai calon sebuah parti politik tersohor satu ketika dahulu. Tujuan saya adalah untuk deal bisnis Toll Free dengan Syarikat Bright Profit Sdn. Bhd. dari Sabah. Setiap hari Mr. T akan menalifon saya. Kami berbual hal bisnis dan apa yang saya gemar, Mr. T suka berikan teka-teki. Secara tidak langsung membuatkan otak saya ni ligat memikirkan jawapannya. Suami saya tempat rujukan utama saya tau bila saya buntu. Ha, kelakar je rasa.
Maklum kepada suami memudahkan urusan.
Tabiat saya, apa sahaja urusan saya dengan pelanggan atau rakan niaga akan saya maklumkan kepada suami. Tak selesa rasa jika sebarang urusan berkaitan kerjaya bisnis tanpa pengetahuan suami tercinta. Segalanya saya ceritakan pada suami. Seringkali Mr. T berkirim salam kepada suami saya. Isteri Mr. T pun ramah berbincang dengan saya semasa saya mengajukan proposal sebuah projek syarikat ditalian telefon. Walau di alam maya, kami akrab berurusan hal bisnis.
Pelaburan RM1K tak jadi mengundang masalah.
Satu hari, Mr. T hampir melaburkan RM1k kepada syarikat untuk projek yang saya perolehi. Berkali-kali saya menghubungi Mr. T bagi memastikan benar atau tidak pelaburan itu. Terngiang-ngiang lagi di telinga saya,
Ya, betul. Ni saya dikelilingi guard bersenjata ni nak bank in. Tapi problem... Tak tahulah apa masalah ni ha...Jangan menipu lagi!.
Entah apa masalah, beliau menyepi terus tanpa sebarang berita. Akhirnya majikan bertanya kepada saya,
Awak nak saya buat apa? Sakit hati kan?
Ya lah Puan... Geram ni". Kata saya.
Nak saya beritahu Datuk, sita harta dia?". Ujar majikan saya.
Buat je lah apa pun asalkan dia diajar jangan menipu lagi!" Kata saya". Kata saya lagi.
Betul ni awak? Tanya majikan saya nakkan kepastian.Tanpa berfikir panjang dan kerana marah ditipu saya menganggukkan kepala dengan penuh rasa kecewa.
Betullah Puan... Ajar dia sikit. Kata saya.
Hikmah di sebalik kejadian.
Namun, ada hikmahlah agaknya wang itu tidak jadi masuk ke akaun syarikat ketika itu. Sementelahan pula, selepas kejadian ini, majikan saya ni tidak membayar gaji dan claim saya. Sebaliknya menipu pula beberapa peralatan pejabat yang sahabat saya berikan kepada saya atas dasar kepercayaan di samping beliau rakan niaga saya. Saya ada tanyakan kepada pihak polis berkaitan penipuan ini, polis kata tidak boleh dijadikan kes kerana tiada hitam putih saya pernah bekerja di syarikat itu. Manakan tidak, Offer Letter saya minta, sampai ke sudah saya berhenti tidak diberikan kepada saya. Jadi, report pun tiada gunanya.
Bertemu kembali di laman muka buku.
Akhirnya saya berjumpa Mr. T di laman sosial facebook yang mana di facebook, ada juga kenalan saya adalah rakan sekuliah yang juga rakan Mr. T. Tidak tahu apa yang rakan sekuliah saya perkatakan tentang saya, akhirnya kami terputus hubungan begitu sahaja. Tak kisahlah, saya berfikiran positif. Jika seseorang itu tidak sesuai dan mungkin memudharatkan saya maka, Allah akan menjauhkan saya dan orang itu melalui pelbagai cara. Pasti ada sebab dan hikmah kenapa jadi macam tu.
Antara nasihat Mr. T yang sentiasa saya pegang dalam menyusuri arus kehidupan dan perniagaan juga kerjaya saya ialah,
Bukan senang nak senang dan tak susah nak susah.
Biar jatuh perigi jangan jatuh pokok kelapa.Begitulah sebahagian pengalaman saya dalam dunia kerjaya bahagian perniagaan. Anda pernah putus kawan? Apa anda lakukan?
pernah. hampir 5 tahun menjalinkan persahabatan sepanjang sekolah menengah. akhirnya.. hari last exam spm persahabatan semakin rengang dan putus. tetapi skarang kembali berkawan. tetapi tidaklah berhubung seperti dahulu.
ReplyDeleteSedihkan, bila dah lama berkawan tup² purus hubungan. Tap tak pe pasti ada hikmah di sebalik yang berlaku ya Aien :)
Delete